Kenapa Aku Meninggalkan Syiah



Sesungguhnya seorang Muslim itu tahu bahawa kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Kemudian nasib selepas itu akan ditentukan sama ada ke syurga atau ke neraka. Tidak syak lagi, seorang Muslim tentu berusaha untuk ke syurga dengan melakukan amalan yang membawa kepada keredhaan Allah Taala dan juga menjauhkan diri daripada setiap larangan yang mengundang kemurkaan-Nya. Sebab itulah kita melihat rata-rata orang Islam berusaha untuk taat dan tekun mengerjakan amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

Ini merupakan perihal Muslim kebanyakan. Bagaimana pula perihal seorang Muslim yang khusus terdiri daripada golongan mereka yang terpilih?1

Bahawasanya di dalam kehidupan sebagaimana yang dimaklumi terdapat banyak jalan berliku dan tipu helah yang pelbagai. Orang berakal akan menempuh jalan yang membawa ke syurga biarpun sukar dan sekali gus meninggalkan jalan yang membawa ke neraka sekalipun ianya mudah dan senang.

Inilah riwayat hidup ku atau sebuah cerita yang dibentangkan dan digarap dalam bentuk kajian. Aku ucapkannya

dengan lidah ku dan aku coret kan dengan jari-jemari ku demi

mengharapkan redha Allah swt. dan juga manfaat kepada saudara-saudara ku. Aku mengambil peluang ini selagi aku masih hidup sebelum tubuh ku dibalut dengan kafan putih.

[LATAR BELAKANG PENULIS]

Aku dilahirkan di Karbala. Membesar dalam suasana ajaran Syiah di bawah jagaan kedua ibu bapa yang berpegang teguh dengan agama. Aku belajar di madrasah-madrasah di Kota Karbala sehingga aku bergelar seorang pemuda. Kemudian bapa ku menghantar ku ke Al-Hauzah Al-Ilmiah Al-Najafiah1 iaitu sebuah pusat pengajian terbesar di dunia untuk aku mencedok ilmu daripada ulama-ulama Syiah yang besar dan masyhur ketika ini seperti Samahah Al-Imam Al-Sayid Muhammad Al-Hussain Kasyif al-Ghito?. Beliau mengajar kami di al-Hauzah Al-Ilmiah Al-?Aliyyah. Cita-cita ku ialah untuk menjadi pakar rujuk dalam agama dan mengetuai Al-Hauzah serta berkhidmat kepada agama dan umat seterusnya memajukan umat Islam. Impian ku ialah untuk melihat umat Islam bersatu padu dan dipimpin oleh seorang Imam dalam keadaan aku mampu melihat negara-negara kafir hancur di hadapan Umat Islam. Terdapat banyak lagi impian para pemuda Islam yang cemburu untuk agamanya yang tidak tertulis di sini.

Saat itu aku tertanya-tanya; Apakah yang mengheret kita2 sehingga berada dalam keadaan yang amat rendah dan hina. Kita ketinggalan dan berpecah belah?

DOWNLOAD BUKU KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH (PDF)

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About GOTABLIGH.COM

My kubur near my house