SISTEM SYURA DAN DEMOKRASI

Di akhir-akhir ini timbul
sesetengah golongan mencela
Jemaah Tabligh kerana di
dalam Jemaah Tabligh tidak
ada Politik. ?Tabligh ini bagus
tetapi mereka tidak
melibatkan diri di dalam politik?, ?Tabligh ni sesat kerana
tidak ada politik.? Kata-kata seperti ini memang sering
kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan
websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.
Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik
dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem
Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya
tidak ada satu pun ?karkun? (Pengikut Tabligh) yang
menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada
Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian
yang setuju dan sebahagian yang menolaknya.
Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah
Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan
kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun
sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas
?amalan? yang mana usaha untuk mengajak semua umat
untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah
semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada
yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada
jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua
gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak
pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja,
khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim
sahaja. Bila dinamakan ‘amalan’ maka semuanya terlibat.
Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan
politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk
mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya
adalah ?amalan?, maka mudah untuk mengumpul seperti
juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran
Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama
parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam
Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan,
perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada
hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah
hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah
ini boleh lah diumpamakan seperti ?kaifiat? di dalam
sesuatu amal.
Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki
Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama
sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai
kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa
berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya
di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya
pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.
Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di
dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam
Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di
hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem
Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi
Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan
dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa
ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh
Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau ?
Musykilatud Dakwah Wad Dai?yah? halaman : 132 -135.
Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau
?Al-Abjadiyyat? halaman 101 -103 pada tajuk ?Al
Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A?malil Islami?. Selain itu
Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula
menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab
beliau antaranya ?Ilal Islami Min Jadid? halaman 107 dan
161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik
Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan
perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum.
Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi
Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau ?Al Baas Al Islami?
Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan
secara terperinci ta?rifan politik itu sendiri berdasarkan
Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan
pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama
membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian
seperti berikut:
Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian
Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah
wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah
anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya
bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:
1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu
berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem
Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti
walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan
kafir.
2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas
ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan
syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam
Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas
dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya
menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat
menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah
para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang
Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem
Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada
yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada
yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan
ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang
menentukan semua perancangan samaada dalam sudut
agama atau pun dunia.
4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan
dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber
hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi
Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun
menentang syariat Allah yang jelas.
5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan,
karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran
Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah
wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti
memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan
yang perlu diikuti dan dituruti semua.
6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan
Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang
kafir.
7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih
dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan
antara keduanya.
8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap
masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan
keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian
merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada
pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan
shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.
9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan
menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai
maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.
( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah
Asy-Syar’iyyah hal. 61)
Walau bagaimana pun masih ada ulama yang
membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya
Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana
ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah
tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga
dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa
ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang
memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah
oleh sesetengah pihak khususnya ?Hizbut Tahrir? melalui
beberapa siri ?pamphlet? yang diedarkan di masjid-
masjid.
Bila bertebung ?khilaf? (pandangan tidak sekata) antara
yang berfahaman wajib perpolitik dan yang
mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita
ketogorikan sebagai ?ijtihad?. Masing-masing akan ada
pahala walau pun tersalah di dalam ?ijtihadnya?. Namun
bila dikatakan ?ijtihad? maka yang berfahaman wajib
berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk
yang berfahaman haram berpolitik kepartian.
Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu
makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat
berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum.
Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum
membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada
dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk
mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana
masing-masing faham bahawa ianya adalah ?ijtihad? dan
?khilaf?.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum
sesat dan sebagainya.
Wallahu?alam

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About GOTABLIGH.COM

My kubur near my house