Cuba dengar !!!!! Biar panas telinga sikit.
Untuk Kita Faham dan Bagi Dia Faham Kerana Sama-sama Tak Faham dan kenalah Gi Dakwah bagi kita faham dan Dia pun Faham Barulah Aman. As-Salam
Untuk berlaku adil pada Ustaz Azhar di bawah ini saya bawakan link Soal Jawab belia tentang Tabligh yang diambil dari blognya sendiri
http://ustazazhar.com/v1/index.php?searchword=tabligh&option=com_search&Itemid=
Terbaru komen dari rakan kita ( Ihsan UIA Says:)
December 28th, 2009 at 5:23 am
Relax2 my karkun..dont be emotional..Ana telah mendapat satu sumber yg mengatakan Ustaz Azhar Idrus telah menarik balik kata2 beliau tentang tulisan “Maulana Aslam’(tidak diketahui kewujudannya) tentang 3 perkara tersebut setelah seorang ‘Alim kita membuat khususi ke rumah beliau..Hal ni dah settle…Doakn hidayat tok Ustaz Azhar..Kata Haji Hamzah Sp:Ustaz2 kita ni sayangkan agama…ssebab tu la diorg xnak ‘org2 kita’ rosakkan agama..bagi pandangan diorang..Salam.
Salam Hamka, saya pelajar Universiti yang berminat untuk ikut jemaah Tabligh belajar berdakwah tiga hari tapi mengikut ustaz dalam video ini, jemaah Tabligh yang di asaskan oleh Abu Ala Amududi pada mulanya betul, yang mana pada waktu itu mencampurkan dakwah dan jihad, tapi pihak British di india mahu mengalang jihad, lalu British mengubah jemaah ini dengan menetapkan keluar berdakwah tiga hari, 40 hari dan 4 bulan supaya jemaah itu lemah. Kata ustaz tu lagi, dalam kitab tabligh karangan Maulana Mohd Aslam membuat panduan supaya ahli jemaah tabligh jangan belajar banyak banyak, jangan campur urusan politik kerana haram, dan jangan larang kemungkaran. Ustaz itu juga bercerita tentang orang Tabligh yang janggut panjang sampai ke pusat tapi jahil bab ugama kerana solat 5 rakaat.
Apa pendapat Hamka, sebab saya rasa awak selalu tulis perkara yang berkatan dengan Tabligh, soalan saya adakah betul Jemaah Tabligh ini adalah konspirasi British menjatuhkan politik islam di india?
Saya sertai video ini yang menggunakan loghat Terengganu takut saya yang salah dengar, Mohon pencerahan.
Jawapan Hamka keretamayat.
Aku tak tahu pulak pengasas Tabligh ni bernama Abu Ala Amududi, yang aku tahu pengasas penyamung jemaah Tabligh ini adalah Maulana Ilyas, dan aku pun tak tahu jugak jemaah tabligh ni merujuk kitab Maulana Mohd Aslam, kerana yang aku tahu puak Tabligh ni merujuk kitab karangan Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf. Aku pun tak tahu ada orang tabligh yang janggutnya panjang sampai ke pusat( Mungkin Santa Clause baru masuk islam, tu yang solat 5 rakaat tu, -woha!)
Atau mungkin ustaz dalam video tu merujuk kepada jemaah lain, (aku sangka baik) aku pun kurang arif sangat bab tabligh ni.., tapi, aku ada link video yang di jawab oleh seorang ustaz dengan lebih baik, kata ustaz itu, tidak berdosa keluar tabligh, malahan sangat bagus bertabligh, jemaah tabligh itu betul, yang tak betul beberapa ahli pengkutnya terutama di terengganu kata ustaz itu, Ustaz itu juga mengaku Maulana Zakaria adalah angat alim kerana mahir dalam kitab Jumumuyah, kitab Mauta, Bursrah, usuludin, Balaghah, Mustaka hadith, dan sebagainya, dan ustaz itu membuat kesimpulan, Jemaah Tabligh itu betul, yang tidak betul itu beberapa pengikutnya yang malas belajar ugama, sama macam ugama islam, bila pengikut ugama islam tak betul , kita tak boleh salahkan islam, tapi salahkan pengkiut yang tidak betul itu sahaja.
Akhir sekali, ustaz dalam video itu mengaku bahawa beliaupun belajar ugama daripada ulamak Tabligh di Patanni Thailand yang mengaji kitab Balaghah, usuluddin, mantik, musllah, dan lain lain, sebagai bukti, boleh tengok video di bawah, takut aku salah faham, juga dalam loghat Terengganu. Pesanan saya kalu boleh Bila amana ustaz2 datang ke masjid tempat kamu janganlan lari lintang pukang mcm melihat musuh. Dia pun menyampaikan apa yg Nabi Sampaikan juga. Ambillah masa duduk meraikkannya.
Moga Allah pilih ulama’ seperti Us. Azhar Idrus, Us. Zahazan, Us. Don Daniyal, Us. Zaharuddin dan lain2 buat usaha agama spt yg nabi tinggalkan…rumah ke rumah…negara ke negara…aminnnn =)
adakah atas maksud ini ust. azhar dilahirkan?
saya sangat sedih bukan dorongan yang diberikan tetapi cercaan. hebat sungguh ummat akhir zaman yang bertittle ustaz tetapi berburuk sangka kepada muslim yang lain. cukuplah Allah membuat perhitungan.
Naudzubillah mindzlaik dan saya mohon ampun kepada-Mu ya Allah…Saya merasa bangga saat sekarang ini dikampung sendiri telah ramai masjid dikunjungi orang yg kebanyakan adalah anak-anak muda dgn latar belakang agamanya yg minim namun perlu dibimbing.Terbayang aku di masa lalu ketika aku kecil, magrib saja hanya 2,3 orang yang sholat, tapi hari ini aku gembira dgn adanya bantuan dakwah lewat tabligh door to door mengingat sholat pentingnya berjamaah, maka terlepaslah rasa risauku selama ini. Wahai para ahli agama yang mengetahui hukum, bimbinglah anak-anak mudah untuk mengerti agama yang sempurna, dikampung kita sendiri agar mereka bersemangat dalam ibadah sholat sebagai pondasi kejayaan agama Allah. Janganlah disalahkan hanya karena perbedaan mazhab dalam sholat lalu menyesatkan mazhab yang lainnya. Syaih Abdul Aziz Bin Baz mengatakan boleh khuruj tapi harus didampingi oleh orang-orang yang lebih dalam pengetahuan agama Islam.
fokus kan amal dan iman
tiada yg terbaik……….
tuan kejayaan manusia di zaman ni,adalah mengikut agama,dimana kita mengikuti suanah nabi muhammad,itulah kejayaan sebenar tuan….kita kena belajar sangka baik orang..berbanyakan stiqfar kepada allah,dan tobat,insayallah pasti dan pasti syruga baginya amin..belajarlah sifat yakin kepada allah amin..
Ustaz azhar x kenal sbenarnya jmaah tabligh..cuba try kuar 3 hr tgk..pasti dia akn mdapt jwapannya..ALLAHHUALAM
Salam,
Oleh sebab kenyataan diberi dalam bentuk video.
Adakah penafian mengenai dakwaan terhadap maulana aslam dan kata2 nya diberikan dalam video.
Jika ada harap dapat post kat youtube dan juga disini. Juga tlg email kpd saya.
Jazakallahukhair
alhamdulillah cerita korang sumenye bagus
?Sesungguhnya Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya telah berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.?
[Surah at-Taubah: ayat 88]
2) Ghast
Mungkin kalian pernah didatangi oleh jemaah tabligh dan mereka mengajak kita solat di masjid dan surau. Walaupun ada yang menerima dengan hati terbuka, mungkin ada yang sekadar masuk telinga kanan dan keluar melalui telinga kiri atau mungkin juga ada yang terus menolak ajakan tersebut. Kita sepatutnya rasa bersyukur sebab ada saudara seagama kita yang sudi datang ke rumah kita walaupun tanpa dijemput untuk ingatkan kita bersolat dan galakkan kita solat di surau/masjid. Mereka datang lagi dan lagi sehinggakan kita jemu memandang mereka. Apakah kaum lelaki mahu melepaskan ganjaran 27 kali ganda yang akan Allah ganjarkan kepada sesiapa yang bersolat berjemaah di surau/masjid. Jadi apakah salah mereka? Mereka melakukan usaha ini supaya kalian tidak menuntut hak kalian di akhirat kelak? Isteri-isteri mereka pula berdoa dan bangun malam untuk mendoakan kalian supaya usaha suami mereka berjumpa dengan kalian tidak sia-sia. Mereka berdoa mudah2an Allah gerakkan hati umat Islam supaya tidak lalai/tinggalkan solat dan berminat untuk solat di masjid. Hari ini kita lihat begitu ramai yang bersungguh-sungguh bergotong-royong untuk bangunkan surau/masid. Kemudian menghiasinya dengan perhiasan yang indah2. tapi, apabila surau/masjid sudah siap, berapa saf solat yang dipenuhkan? Begitulah situasi yang kita lihat pada hari ini. Sedih sungguh. Walhal pada zaman Nabi, masjid-masjid dipenuhkan dengan amal2 seperti bacaan al-quran, iktikaf, muzakarah dll untuk tujuan agama. Apabila kita melihat jemaah tabligh datang ke surau/masjid kita, kita risau mereka kotorkan surau/masjid kita. Walhal tujuan mereka datang dengan niat untuk ajak orang2 tempatan untuk sama2 hidupkan surau/masjid dan galakkan orang lelaki dapat solat berjemaah. Kan seronok kalau semua kaum lelaki bersolat di masjid/surau?
Selalu isu yang ditimbulkan:
1) Tinggalkan anak isteri keluar 3h, 40h, 4 bln etc.
Saya bukan nak berhujah dengan sesiapa. Tapi, sebagai isteri karkun saya rasa ada kemanisan iman apabila ditinggalkan suami yang keluar di jalan Allah. Kalau hari2 biasa, malas/liat nak bangun tahajud tapi jika suami keluar Ya Allah, kuatnya semangat nak bangun malam dan berdoa. Dengan demikian, datang keyakinan yang tinggi bahawa selama ini Allah yang jaga saya tapi bukan suami saya. Jika suami ada pun, apa jaminannya tidak berlaku sebarang musibah kpd kita. Apabila ada apa2 yang terjadi semasa ketiadaan suami, kita akan solat hajat 2 rakaat dan minta kpd Allah. Sebab kita yakin KUASA ada di tangan-Nya. Allah nak bantu kita mudah sahaja yang penting kita yakin akan DIA. Sebab itulah, apabila suami keluar berdakwah, iman kita diperbaharui, tambah keyakinan kuat terhadap Allah.
Kalau karkun2 keluar, suami saya selalu hantar saya ziarah ke rumah isteri yang suaminya keluar dakwah. Secara peribadi saya tak pernah jumpa seorang pun isteri karkun yang merungut, tak cukup keperluan. Maksudnya suami mereka ada tinggalkan keperluan untuk anak isteri. Dan sebab itulah, kalau kita rasa kita bertanggungjawab sebagai Muslim sejati, apa salahnya kita hulurkan sumbangan semasa ziarah. Itu kan juga sedekah. Itulah namanya kita belanjakan harta kita di jalan Allah. Ada duit, kita beli kereta mewah, beli emas kita tak dp apa2 pun. Tapi, insyaAllah jika kita ikhlas w/pun dengan nilai kecil, Allah akan bagi ganjaran kpd kita di akhirat kelak.
Sifat ukhwah dalam kalangan umat Islam berkembang dengan aktiviti ziarah ni. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.
Saya tak tahu nape org tak suka dengan jemaah tabligh. Takut sangat! Macam manusia biasa, apa yang kita lakukan adalah untuk satu tujuan menyelamatkan diri kita daripada azab Allah kelak. 6 perkara:
1) Hakikat kalimah iman/toyibbah ditekankan kerana kita hendaklah ada yakin yang betul terhadap Allah. Allah maha berkuasa, tapi makhluk takde apa2 kuasa.