Bas terbalik: Seorang jemaah tabligh maut, lapan cedera

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
25 Mei 2012

Keadaan bas yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

BALIK PULAU – Sebuah bas yang disewa ?sekumpulan jemaah tabligh warga Myanmar terbalik di Jalan Bukit dekat sini malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang daripada 44 jemaah tabligh yang menaiki bas itu mati di tempat kejadian.

Jemaah yang maut dikenali sebagai Abd Jatpa, 47. Bas mereka naiki terjunam dalam gaung sedalam 10 meter.

Menurut jurucakap bomba, siasatan awal mendapati, selain seorang mangsa yang mati di tempat kejadian, enam orang termasuk pemandu bas cedera parah.

Sinar Harian?difahamkan, mayat mangsa dan yang parah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala yang cedera dirawat di Hospital Balik Pulau.

Rombongan itu difahamkan menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.

Difahamkan pemandu berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat.

Dalam pada itu, seorang mangsa terselamat, Muhammad Shuaib. Muhammad Shuaib berkata, “semua penumpang menjerit kuat apabila bas yang dinaiki bergoyang sebelum terbabas dan melanggar tiang.”

Bas mereka naiki terjunam dalam gaung sedalam 10 meter ketika menuju ke masjid daerah barat daya.

Menurut Muhammad Shuaib, bas berkenaan hilang kawalan dan merempuh tiang sebelum berpusing dan menjunam ke dalam gaung di Kilometer 24, Jalan Tun Sardon.

Akibat impak itu, bumbung bas berkenaan tercabut.

?Ada di antara penumpang yang tercampak ke jalan dan kawasan hutan,? katanya kepada?Sinar Harian?ketika ditemui selepas menerima rawatan pesakit luar di Hospital Balik Pulau.

Menurut Muhammad Shuaib, ketika bas itu mendaki bukit, dia terhidu bau hangit, dipercayai disebabkan tekanan brek yang gagal berfungsi dengan baik.

?Saya nampak tayar berasap sebelum tiba-tiba bas itu bergoyang dan ia seperti hilang kawalan.

?Keadaan ketika itu kelamkabut, dengan ramai penumpang melaungkan takbir dan menjerit,? katanya.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About GOTABLIGH.COM

My kubur near my house