15,000 hadir Ijtimak dakwah

PASIR MAS ? Majlis Ijtimak tahunan Dakwah dan Tabligh, julung kalinya diadakan, berjaya menarik kehadiran 15,000 Muslimin seluruh Kelantan, semalam.

Majlis yang berakhir semalam, turut dihadiri oleh penduduk sekitar, pelajar tahfiz, dan ulama seluruh negara, malah diimarahkan dengan kedatangan maulana dari enam negara iaitu Thailand, Indonesia, Pakistan, Sri Langka, India? dan Arab Saudi.

Pengerusi Jawatankuasa sambutan, Wan Nor Abdullah berkata, kehadiran ini tidak mengira fahaman politik, kerana nawaitunya hanya berkisar kepada ketakwaan.

Menurutnya, meskipun terdapat beberapa kekangan dari segi sumber elektrik, air dan tempat tinggal, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat pendakwa yang hadir.

?Program yang dijalankan adalah solat berjemaah, qiamullail, kuliah subuh, muzakarah, penceritaan kisah sahabat Rasulullah dan penerangan akhir. ?Program 13 siri jelajah Ijtimak akan diteruskan ke Terengganu pada 3 Jun ini, Pahang pada 6 Jun, seterusnya di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak, Indonesia dan Eropah,? katanya, semalam.

Sementara itu, penduduk dari Manik Urai, Wan Rosli Wan Jusoh, 30, berkata, ijtimak ini cukup memberi kesedaran menerusi ilmu yang disampaikan oleh maulana dari luar negara.

?Perkongsian rezeki dan bersyukur dengan nikmat yang ada, juga memotivasikan diri sebagai hamba di atas muka bumi ini,? katanya, semalam.

Sementara itu, penduduk dari Pauh Lima, Zarawi Abd Razak, 45, berkata, ijtimak ini membantu kita menajamkan semula ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan bersama jemaah yang lain.

?Saya berharap program seumpama ini dapat dijalankan setiap tahun di Kelantan, agar kita dapat menambahkan ilmu dan ketakwaan,? katanya, semalam.

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About GOTABLIGH.COM

My kubur near my house