KARGOUZARI Archive

4

Travelers’ Tales in the Tablighi Jamaat

BARBARA METCALF

Professor of history at the University of California, DavisT July 588

The extensive Islamic missionary movement of Tablighi Jamaat, which originated in colonial India but is now worldwide, encourages participants to go out on small group tours to invite others, primarily nominal Muslims, to return to faithful adherence to Islamic teachings, above all the canonical prayer. At the conclusion of a tour, participants should report back, orally or in writing, their experiences to the mosque-based group (local, regional, or national) from which they set out. A sample of these reports, called karguzari, are the basis of this article. The reports reflect two discourses: one of jihad, in the sense of the nonmilitant “greater jihad” focused on self-discipline; and one of Sufism, embedded in the efforts of the charismatic group rather than in institutional tasawwuf.

Read the rest of this entry »

0

Tentang Ijtimak – Malaysia 2009

Ijtimak – Malaysia 2009bb

Ijtimak Malaysia yang berlansung selama 4 hari iaitu dari 9 July 2009 ke 12 July 2009 di kawasan lapang Masjid KLIA Quarters telahpun selesai. Seramai lebihkurang 200 ribu orang Islam telah menghadiri diri untuk mengikuti program tersebut.
Daripada 200 ribu tersebut; seramai 12 ribu adalah dari luar negara (diantaranya Thailand, Arab, Eropah, Rusia, China, Kemboja, Laos dan banyak lagi dari negara lain). Dengan izin dan bantuan Allah SWT ijtimak seramai ini telah berjaya dijayakan.
Bekalan air untuk para jemaah telah dipam dari dua sungai yang berhampiran termasuk dari Sungai Labu dengan standby air dari pihak Bomba.
Megikut maklumat dari bahagian khidmat masak – sebanyak 3,500 ekor ayam dan 600 ekor lembu telah disembelih untuk menyediakan makanan pada jemaah.
Seramai lebih kurang 250 buah jemaah dakwah telah dikeluarkan pada ijtimak tersebut untuk dihantar ke dalam dan luar negara untuk menjalankan kerja 2 dakwah dan tabligh.
Ijtimak tersebut dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dari sebawah2 hingga ke pihak atasan. Para pemimpin negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri ijtimak tersebut adalah MB Selangor & Dato Anwar Ibrahim pada Hari Khamis untuk solat Asar dan mendengar ceramah selama beberapa minit. MB Negeri Sembilan pada Solat Jumaat memberi ucapan di Masjid KLIA Quarters mengalu2kan para jemaah. Deputy Prime Minister pula telah datang pada solat Zuhur Sabtu dan Prime Minister pada Asar Sabtu.
Pada hari Jumaat Ijtimak tersebut dapat juga disaksikan solat Jumaat yang terbesar pernah diadakan di Negeri Sembilan. Bermula dari Imam di Masjid KLIA Quarters kemudian disambung saf jemaah melalui parking2; jalan2, kawasan 2 lain yang jaraknya 500 meter untuk disambung sehingga ke kawasan khemah medan ijtimak agar dipastikan solat Jumaatnya sah. PA system Masjid juga digabungkan dengan PA System Ijtimak. MasyaAllah
Pada hari penutup; ketika majlis doa penutup selama sejam yang dibacakan oleh Maulana Zubair dihadiri bersama oleh Yang Dipertua Negeri Sembilan.
Bersama2 kita bantu membantu dalam hal penyebaran agama kita. Ameen
2

Ijtimak Malaysia – Karkuzari

Alhamdulillah, syukur pada Allah, ijtimak kita telah berlangsung dengan baik. Semoga segala penat lelah kita diterima Allah.

Secara keseluruhan, karkuzari dari jitimak lebih kurang macam ni
(kalau salah, tolong betulkan aku);

Kehadiran berdaftar 80,000 orang tempatan & 7,200 orang dari negara luar.
(aku rasa orang yang datang tak berdaftar 30% – 50% lagi)

Jemaah keluar selepas ijtimak;

  • Ulama keluar 1 tahun – 4 jmh
  • 4 bulan negara jauh – 6 jmh
  • 4 bulan negara jiran – 1 jmh
  • 4 bulan jln kaki – 1 jmh
  • 4 bulan IPB – 27 jmh
  • 4 bulan dlm negeri – 7 jmh
  • 2 bulan n jauh – 1 jmh
  • 2 bulan jln kaki – 4 jmh
  • 2 bulan dlm negeri – 6 jmh
  • 40 hari negara jiran – 15 jmh
  • 40 hari dlm negeri – 157 jmh
  • Jumlah keluar selepas ijtimak - 229 jmh
  • Jemaah keluar sebelum ijtimak953 jmh
  • Jemaah luar negara – 93 jmh (40 negara)

Elders2 kita begitu gembira dengan ijtimak kita ni. Gembiranya mereka, mudah2an sebagai tanda gembiranya Allah kepada kita.

  • Maulana Saad ada menghubungi syura Malaysia dan menyampaikan salamnya pada kita. Dia menyatakan kegembiraannya dan tak pernah rasa gembira macam ni sebelumnya. Semasa bayan Maghrib, beliau rasa dadanya telah dibuka dengan luas dan dapat ilham yang begitu baik dari Allah.
  • Maulana Zubir melalui prof. Abr Rahman juga mengucapkan salam pada kita.
  • Hj Abd Wahab apabila ditanya apa perasaan beliau selepas ijtimak? Beliau tanya berapa jemaah yang keluar sebelum & selepas ijtimak? Selepas diberitahu jumlah jemaah yang keluar, beliau kata “buhud acha..”

Penerimaan VIP (raja, PM, TPM, MB dsb) begitu baik sekali & harap ijtimak seperti ni dapat dibuat lagi.

Pejabat agama, polis, bomba dan petugas2 lain mengucapkan tahniah untuk ijtimak. Ijtimak dapat dibuat dengan aman dan teratur.

3 orang telah disyaki H1N1 tetapi didapati negatif dan dibenarkan keluar dari hospital.

Jemaah2 luar negara juga dapat dilayan dengan baik. Makan minum meraka dapat diatur sesempurna mungkin.

Usaha selepas ijtimak

Usaha ijtimak terbahagi kepada 3 iaitu sebelum, semasa dan selepas ijtimak.

Usaha selepas ijtimak sangat penting kerana hujan rahmat telah turun semasa ijtimak. Seperti tanah yang baru ditimpa hujan, sangat subur dan perlu diusahakan segera sebelum tanah menjadi keras.

Di mana2 pun kita pergi, orang akan memperkatakan tentang ijtimak. Sekurang2nya di dalam hati setiap orang Islam akan wujud rasa kepentingan usaha dakwah ini. Kalau kita ambik peluang untuk usaha ke atas mereka, maka satu revolusi akan berlaku di dalam umat ini.

Jadi sekarang bukanlah masanya untuk kita berehat!

Usaha yang perlu dibuat selepas ijtimak;

  • Orang yang beri azam untuk keluar selepas ijtimak tetapi tak dapat keluar, perlu usuli mereka.
  • Jumpa setiap orang, dalam setiap rumah, dalam setiap kampung. Sediakan mereka untuk keluar secara tunai.
  • Hidupkan masjid 24 jam dengan amalan masjid Nabi. Juga hidupkan amalan2 di dalam setiap rumah orang Islam.
  • Nusrah setiap jemaah yang datang. Gilir2kan orang untuk bersama jemaah supaya ahli jemaah gembira yang juga akan menggembirakan Allah.
  • Bangun malam untuk tahajud dan doa hidayat.

Semoga Allah terima aku dan korang semua untuk kerja dakwah ni.. amin..

Nuffnang Ads
4

Kenangan di Istimak Nilai?

Kenangan di Istimak Nilai?

10.1Subhanallah, aku masih terasa kehangatan selepas pulang dari tapak istimak di Nilai yang menghimpunkan umat Islam seramai 200 ribu dari seluruh pelusuk dunia. Bukanlah untuk berbangga berkumpul seperti ini tetapi ia adalah lebih kepada maksud untuk mengeluarkan jemaah sebanyak mungkin dikeluarkan ke jalan Allah. Berkumpulnya orang Islam seluruh dunia menyaksikan bahawa satu hati wujud dikalangan orang Islam terutama dalam melakukan kerja dakwah. Berkumpulnya umat Islam di tapak istimak bukanlah untuk maksud berpesta, makan-makan, berhibur, mengagongkan artis-artis dan berjumpa kawan-kawan lama. Tetapi sebaliknya adalah untuk difikirkan dan dirisaukan macamana orang Islam sendiri mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kerja dakwah. Orang Islam juga perlu berusaha untuk menjadi rumah-rumah orang Islam seperti di zaman para sahabat. Masjid-masjid juga perlu dihidupkan dengan amalan masjid Nabawi iaitu dakwah, taklim taklum, ibadat dan khidmat. Read the rest of this entry »

1

Ringkasan Laporan Jemaah dari Australia

Ringkasan Laporan Jemaah dari Australia



Ijtima’ AustraliaLokasi : Masjid Sri Petaling,KL(Walaupun artikel kali ini agak panjang tapi dengan izin Allah akan bagi kesan pada hati-hati yang membaca dan berfikir.Semoga Allah memandang keihklasan anda untuk membacanya) Read the rest of this entry »
2

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..

Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..

Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.
Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.
Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.
Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama”.
Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.
Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.
Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.
Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.
Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.
Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.
Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa hari sebelum gegeran besar berlaku.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun”..


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..

Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.

Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..

Ameenn Ya Rabbal Alameen..