Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana
Ali Ahmad Abbasi menulis di dalam bukunya “Hazrat
Mu’aawiah Ki Siasi Zindagi” bahawa di dalam sejarah
Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial.
Seorang daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin
lama makin dimusnahkan imejnya walaupun semasa
hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh – tokoh utama
di zaman itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di
zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan
salah seorang daripada golongan qaramithah oleh
masyarakat Islam yang membawanya disalib. Amirul
Mukminin Al Muqtadir billah telah menghukumkan beliau
murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha’
yang hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin
cerah tahun demi tahun sehingga akhirnya telah
dianggap sebagai salah seorang ‘ aulia illah’.
Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan
fantasi manusia yang jauh daripada berpijak di bumi
yang nyata. Semua ini adalah akibat daripada tidak
menghargai dan memberikan penilaian yang sewajarnya
kepada pendapat orang – orang pada zaman mereka masing
- masing .
Pendapat tokoh – tokoh dari kalangan sabahat dan
tabi’in yang sezaman dengan Yazid berdasarkan riwayat
- riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya
menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang
anak muda yang bertaqwa, alim, budiman, saleh dan
pemimpin ummah yang sah dan disepakati
kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam “Ansabu Al
Asyraf” mengatakan bahawa, ” Bila Yazid dilantik
menjadi khalifah maka Abdullah bin Abbas, seorang
tokoh dari Ahlul Bait berkata : ” Sesungguhnya anaknya
Yazid adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu
tetaplah kamu berada di tempat – tempat duduk kamu dan
berilah ketaatan dan bai’ah kamu kepadanya” ( Ansabu
Al Asyraf, jilid 4 , m.s. 4 ).
Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang
setia kepada para Khulafa’ Abbasiah. Beliau telah
mengemukakan kata – kata Ibnu Abbas ini di hadapan
mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid ‘
Amirul Mukminin’ .
Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di
kalangan sahabat pada masa itu pula bersikap tegas
terhadap orang – orang yang menyokong pemberontakan
yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid
dan sikap yang begini disebut di dalam Sahih Bukhari
bahawa, bila penduduk Madinah membatalkan bai’ah
mereka terhadap Yazid bin Muawiyah maka Ibn Umar
mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu
berkata, ” Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W
bersabda, ” Akan dipacakkan bendera untuk setiap orang
yang curang ( membatalkan bai’ahnya ) pada hari
kiamat. Sesungguhnya kita telah berbai’ah kepadanya
dengan nama Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya
tidak mengetahui kecurangan yang lebih besar daripada
kita berbai’ah kepada seseorang dengan nama Allah dan
RasulNya , kemudian kita bangkit pula memeranginya.
Kalau saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan
bai’ah kepadanya dan turut serta di dalam
pemberontakan ini , maka terputuslah perhubungan di
antaraku dengannya”. ( Sahih Bukhari -Kitabu Al Fitan
)
Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita
dapati pembunuhan Sayyidina Husain di zaman
pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta terpenting
mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan
dengan Yazid tidak mudah ditolak oleh generasi
kemudian. Hakikat inilah yang mendorong lebih banyak
cerita – cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh
musuh-musuh Islam . Tentu sekali orang yang membunuh
menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang – dibelai oleh
Rasulullah dengan penuh kasih sayang semasa hayatnya
kemudian ditatang pula dengan menyebutkan kelebihan
dan keutamaan – keutamaannya di dalam hadis-hadits
Baginda- tidak akan dipandang sebagai seorang yang
berperi kemanusiaan apalagi untuk mengatakannya
seorang soleh , budiman, bertaqwa dan pemimpin umat
Islam .
Kerana itulah cerita – cerita seperti Yazid sering
kali minum arak , seorang yang suka berfoya – foya,
suka mendengar muzik dan menghabiskan waktu dengan
penari – penari , begitu juga beliau adalah orang
terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan
monyet dan kera , terlalu mudah diterima oleh umat
Islam kemudian.
Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina
Husain? Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya
Sayyidina Husain dibunuh di Karbala?
Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh
Sayyidina Husain yang sebenarnya dan terus diucapkan ‘
Yazidlah pembunuhnya’ tanpa soal selidik yang mendalam
dan teliti , maka selama itulah nama Yazid akan terus
tercemar dan dia akan dipandang sebagai manusia yang
paling malang. Tetapi bagaimana jika yang membunuh
Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah pula akan
kita bawakan segala tuduhan – tuduhan liar , fitnah
dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan
pada Yazid itu ?
Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang
dada , sudah tentu kita akan berusaha untuk
membincangkan segala keburukan yang dihubungkan kepada
Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman
rumah pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang
sebenar. Apalagi jika kita seorang Ahlus Sunnah Wal
Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti
yang kuat dan kukuh daripada sumber – sumber rujukan
muktabar dan berdasarkan prinsip – prinsip aqidah yang
diterima di kalangan Ahlus Sunnah , kita akan
terdorong untuk membersihkan Yazid daripada segala
tuduhan dan meletakkannya ditempat yang istimewa dan
selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam
.
Sekarang marilah kita pergi ke tengah – tengah medan
penyelidikan tentang pembunuhan Sayyidina Husain di
Karbala bersama – sama dengan sekian ramai ahli
keluarganya .
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita
secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh
Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi
adalah golongan Syiah Kufah .
Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti -
bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang
muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti – bukti
yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :
(1) Bukti – bukti utama
(2) Bukti – bukti sokongan
I. BUKTI – BUKTI UTAMA
Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah
yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan
mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai
pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab
di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid
akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan
terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh
- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di
Karbala.
Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri
bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain .
Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh
Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan
“At Tawwaabun” yang kononnya menyesali tindakan mereka
membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat ,
mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti
yang pernah dilakukan oleh orang – orang Yahudi
sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana
kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan
Nabi Musa ke Thur Sina .
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan “At
Tawaabun” itu masih kelihatan dengan jelas pada
lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba
dihapuskan oleh mereka dengan beribu – ribu cara .
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini
diabadikan oleh ulama – ulama Syiah yang merupakan
tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi,
Nurullah Syustri dan lain – lain di dalam buku mereka
masing – masing. Baaqir Majlisi menulis :
“Sekumpulan orang – orang Kufah terkejut oleh satu
suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa
yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh
orang lain . Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli
Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu . Di sini
mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka
untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak
berguna apa – apa”. ( Jilaau Al’Uyun , m.s. 430 )
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya
Majalisu Al’Mu’minin bahawa selepas sekian lama (
lebih kurang 4 atau 5 tahun ) Sayyidina Husain
terbunuh, ketua orang – orang Syiah mengumpulkan orang
- orang Syiah dan berkata , ” Kita telah memanggil
Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat
setia kepadanya , kemudian kita berlaku curang dengan
membunuhnya . Kesalahan kita sebesar ini tidak akan
diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita
“. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang – orang
Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat
yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang
telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah
lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu
“. ( Al Baqarah :54 ). Kemudian mereka
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang
dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “At
Tawaabun”.
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan
Syits bin Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain
di Karbala . Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie?
Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta
kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin,
sentiasa bersama Sayyidina Husain . Dialah juga yang
menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan
pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi
apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000
orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain
dan dialah orang yang mula – mula turun dari kudanya
untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. ( Jilaau
Al’Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37 )
Adakah masih ada orang yang ragu – ragu tentang
Syiahnya Syits bin Rab’ie dan tidakkah orang yang
menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi ,
seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung
ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri
tentang pembunuhan itu .
Lihatlah pula kepada Qais bin Asy’ats ipar Sayyidina
Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa
kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan
kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut
Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai
pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib , m.s. 192 )
Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang
membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh
Sayyidina Husain, kenyataan saksi – saksi yang turut
serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai
saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas
peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk
kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat
dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh .
Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya
kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia
bertempur dengan beliau :
” Wahai orang – orang Kufah ! Semoga kamu dilaknat
sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai
orang – orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu
telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu
kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan
membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka
sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan
kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (
Jilaau Al’ Uyun, ms 391 ).
Beliau juga berkata kepada Syiah :
” Binasalah kamu ! Bagaimana boleh kamu menghunuskan
perang dendammu dari sarung – sarungnya tanpa sebarang
permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu
dengan kami ? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh
Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? ” ( Ibid ).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan
Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan
beliau :
” Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan
selerakkanlah mereka . Jadikanlah hati-hati pemerintah
terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami
dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka
menghunuskan pedang dendam terhadap kami “. ( Ibid )
Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk
mereka dengan kata – katanya: “Binasalah kamu ! Tuhan
akan membalas bagi pihakku di dunia dan di
akhirat??..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri
dengan memukul pedang – pedang di atas tubuhmu dan
mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak
akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak
akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah
tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan
menerima azab yang akan diterima oleh orang – orang
kafir yang paling dahsyat kekufurannya” . ( Mulla Baqir
Majlisi – Jilaau Al’Uyun, m.s. 409 ).
Daripada kata – kata Sayyidina Husain yang dipaparkan
oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi ,
dapat disimpulkan bahawa :
(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh – musuh Islam
menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul
Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani
Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh
pemimpin – pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam
peperangan Badar , Uhud, Siffin dan lain – lain tidak
lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana
pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di
Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari
kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah
.
(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum
oleh kerajaan – kerajaan Islam di sepanjang sejarah
membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan
Karbala ke atas Syiah.
(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul
tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10
Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh
golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga
merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan
upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang
di dalam masyarakat Syiah .
Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud
upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas
menunjukkan bahawa merekalah golongan yang
bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat
dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh
Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli
keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa
keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau .
Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah
hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja
mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda
Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil
memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan
inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap
kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di
atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan
hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan
upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10
Muharram ?
Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut
serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup
selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada
orang – orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap
dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis,
dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah
berkata kepada mereka, ” Mereka ini menangisi kami.
Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami
selain mereka ?” ( At Thabarsi – Al Ihtijaj, m.s. 156
).
Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata -
kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang – orang
Kufah. Kata beliau , ” Wahai manusia ( orang – orang
Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya
kamu , ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu
mengutuskan surat kepada ayahku ( menjemputnya datang
), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah
memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya?
Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina.
Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu
dahulukan untuk dirimu”.
Sayyidatina Zainab , saudara perempuan Sayyidina
Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga
mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah.
Katanya, ” Wahai orang – orang Kufah yang khianat,
penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata
kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan
kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan
kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang
kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak
ikatan iman dan telah berbalik kepada
kekufuran… Adakah kamu meratapi kami padahal kamu
sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula
menangisi kami . Demi Allah ! Kamu akan banyak
menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli
keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini
sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air
apapun”. (Jilaau Al ‘ Uyun, ms 424 ).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi
kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari
ini .
Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata
sambil menangis di atas segedupnya, ” Wahai orang -
oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah
hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku
Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya,
merampas harta bendanya dan menawan orang – orang
perempuan dari ahli rumahnya . Laknat Allah ke atas
kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu”.
Beliau juga berkata, ” Wahai orang – orang Kufah !
Orang – orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami
sementara orang – orang perempuan pula menangisi kami.
Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari
kiamat nanti”. ( Ibid , ms 426 – 428 )
Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula
berkata, ” Kamu telah membunuh kami dan merampas harta
benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (
Sayyidina Ali ). Sentiasa darah – darah kami menitis
dari hujung – hujung pedangmu??Tak lama lagi kamu akan
menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti
azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani
kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat
perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan
pedang – pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu
akan terkepung dengan azab yang pedih “.
Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain
ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di
mana – mana Syiah berada .
Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi,
sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan
siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di
Karbala. Daripada keterangan dalam kedua – dua bukti
yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :
1. Orang – orang yang menjemput Sayyidina Husain ke
Kufah untuk memberontak adalah Syiah.
2. Orang – orang yang tampil untuk bertempur dengan
rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina Husain dan orang – orang yang ikut serta
di dalam rombongannya terdiri daripada saudara-
saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan
bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka .
4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah
yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka
dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang -
orang yang dibunuh oleh mereka .
Mahkamah di dunia ini menerima keempat – empat perkara
yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas
menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu
kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh
berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika
mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh
sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan
kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri .
Jika keempat – empat perkara ini sudah terbukti dengan
jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes
pembunuhan yang cukup bukti – buktinya, maka bagaimana
mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh
Sayyidina Husain itu ?
II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa
bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang
golongan Syiah itulah sebenarnya pembunuh Sayyidina
Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai
pembunuh Sayyidina Husain apabila kita melihat kepada
sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan
Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka
yang biadap terhadap orang – orang yang dianggap oleh
mereka sebagai Imam selepas Sayyidina Husain. Bahkan
terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah
yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa
orang Imam walaupun mereka menuduh orang lain sebagai
pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan
propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali
ialah mereka menuduh Sayyidina Ali berdusta dan mereka
pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali . Bahkan
Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina Ali
itu juga mendapat latihan serta didikan untuk
menentang Sayyidina Utsman di Mesir dan berpura – pura
mengasihi Sayyidina Ali . Dia pernah berkhidmat
sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun
di Madinah dan Kufah .
Di dalam Jilaau Al’ Uyun disebutkan bahawa Abdul
Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada
kumpulan yang terhormat yang telah dikirimkan oleh
Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir . Dia juga telah
berbai’ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia
juga berkata kepada Sayyidina Hasan, ” Bahawa aku
telah berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan
sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika
engkau mahu membunuhku, bunuhlah. Tetapi kalau engkau
maafkan aku , aku akan pergi membunuh Muawiyah pula
supaya engkau terselamat daripada kejahatannya” . (
Jilaau Al U’yun, ms 218 )
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu
merasakan perancangan mereka semua akan gagal apabila
perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan
Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang
merupakan musuh-mush Islam yang menyamar atas nama
Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila
perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku.
Maka segolongan dari mereka telah mengasingkan diri
daripada mengikuti Sayyidina Ali dan mereka menjadi
golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap
berada bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku
ini sebanarnya satu taktik mereka untuk mempergunakan
Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang jahat itu
dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada
hukuman kerana pembunuhan Khalifah Utsman .
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan
Syiah pehanya sehingga tembus kemudian mereka
menunjukkan pula kebiadapannya terhadap Sayyidina
Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain
sejadah yang diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua
tidak lain melainkan kerana Sayyidina Hasan telah
bersedia untuk berdamai dengan pihak Sayyidina
Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu saja mereka telah
menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan
orang – orang Islam dan sebagai orang yang
menghitamkan muka orang – orang Mukmin.
Kebiadapan Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga
kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang
sangat setia kepada Imam Jaafar As Shadiq iaitu Rabi’
menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya
kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi’
telah memerintahkan anaknya yang paling keras hati
supaya menyeret Imam Jaafar As Shadiq dengan kudanya.
Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ‘ Uyun karangan
Mulla Baqir Majlisi .
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan
kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan
di sisi Syiah, bahawa beliau telah dibunuh oleh Sabih
Dailamy, seorang Syiah kental dengan perintah Al
Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa selepas
dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus
hidup kembali dan tidak ada langsung kesan – kesan
pedang di tubuhnya .
Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk
membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan
golongan yang sampai begini biadapnya terhadap
Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas
kasihan di medan Karbala .
Boleh jadi kita akan mengatakan bagaimana mungkin
pengikut – pengikut setia Imam-imam ini yang dikenali
dengan ‘syiah’ boleh bertindak kejam pula terhadap
Imam-imamnya? Tidakkah mereka sanggup mempertahankan
nyawa demi mempertahankan Iman-imam mereka ? Secara
ringkas bolehlah kita katakan bahawa ‘perasaan
kehairanan’ yang seperti ini mungkin timbul dari dalam
fikiran Syiah, yang tidak mengetahui latar belakang
kewujudan Syiah itu sendiri. Mereka hanya menerima
secara membabi buta daripada orang – orang terdahulu .
Adapun orang – orang yang mengadakan sesuatu fahaman
dengan tujuan – tujuan yang tertentu dan masih hidup
ketika mana ajaran dan fahaman itu mula dikembangkan
tentu sekali mereka sedar maksud dan tujuan mereka
mengadakan ajaran tersebut. Pada lahirnya mereka
menunjukkan taat setia dan kasih sayang kepada
Imam-imam itu, tetapi pada hakikatnya adalah
sebaliknya .
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan
Yazid dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala,
bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab
membunuh beliau bersama dengan ramai orang – orang
yang ikut serta di dalam rombongan itu, ialah adanya
hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani
Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga
selepas berlakunya peristiwa pembunuhan Sayyidina
Husain di Karbala .
Tidak mungkin orang – orang yang bermaruah seperti
kalangan Ahlul Bait akan berkahwin dengan orang -
orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh -
pembunuh atau orang – orang yang bertanggungjawab di
dalam membunuh ayah , datuk atau bapa saudara mereka
Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada
menunjukkan pemerintah – pemerintah dari kalangan Bani
Muawiyah dan Yazid sebagai orang yang tidak bersalah
di dalam pembunuhan ini , ia juga menunjukkan mereka
adalah golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait
dan sentiasa menjalinkan ikatan kasih sayang di antara
mereka dan Ahlul Bait .
Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama
Ramlah telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-Hakam
yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul
Mukminin Abdul Malik bin Marwan. ( Ibn Hazm-Jamharatu
Al Ansab, m.s. 80 )
(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali
berkahwin dengan Amirul Mukminin Abdul Malik sendiri
iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani
Umaiyah. ( Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69
)
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu
Khadijah berkahwin dengan anak gabenor ‘Amir bin
Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman . (
Jamharatu An Ansab, m.s. 68 ). ‘ Amir bin Kuraiz
adalah gabenor bagi pihak Muawiyah di Basrah dan dalam
peperangan Jamal dia berada di pihak lawan Sayyidina
Ali .
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah
berkahwin dengan pemimpin – pemimpin kerajaan Bani
Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6 orang
daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka
iaitu :-
(1) Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul
Mukminin Al Walid bin Abdul Malik bin Marwan .
(2) Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga
telah berkahwin dengan Khalifah Al Walid bin Abdul
Malik . Zainab ini adalah di antara orang yang turut
serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah dan
dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala dengan mata
kepalanya sendiri .
(3) Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali
berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman iaitu Marwan
bin Aban . Ummu Qasim ini selepas kematian suaminya
Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin bin Al
Husain .
(4) Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah
berkahwin dengan anak kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu
Muawiyah .
(5) Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah
bt Hasan Al Mutsanna berkahwin dengan anak saudara
Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail bin
Abdul Malik .
(6) Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah
bt Husain bin Hasan bin Ali juga pernah berkahwin
dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi
sebelum sepupunya Hammaadah .
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada
meninggalkan zuriat .
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai
yang telah menjalinkan perkahwinan dengan individu -
individu dari keluarga Bani Umaiyah , antaranya ialah
:-
(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal
bernama Sakinah. Selepas beberapa lama terbunuh
suaminya Mus’ab bin Zubair, beliau telah berkahwin
dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin
Abdul Aziz bin Marwan . Asbagh ini adalah saudara
kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan
isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul
Mukminin Yazid iaitu Ummu Yazid. ( Jamharatu Al -Ansab
)
(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi
pernah juga berkahwin dengan cucu Sayyidina Uthman
yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman .
Sementara anak cucu kepada saudara – saudara Sayyidina
Husain iaitu Abbas bin Ali dan lain – lain juga telah
mengadakan perhubungan persemendaan dengan keluarga
Umaiyah . Di antaranya yang boleh disebutkan ialah :-
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu
Abbas bin Ali bernama Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas
bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin Yazid
yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin
Muawiyah. Datuk kepada Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali
adalah di antara orang yang ikut serta dalam rombongan
Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam
pertempuran di medan Karbala .
Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli
sejarah dari Abu Mukhnaf , Hisyam dan lain – lain
tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan
telah memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun
air walaupun kepada kanak – kanak yang ikut serta
dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka
mati kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara
cucu kepada Abbas ini berlaku dengan cucu Yazid .
Apakah kekejaman – kekejaman yang tidak ada tolak
bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah
boleh dilupakan begitu mudah oleh anak – anak cucu
orang – orang yang teraniaya di medan Karbala itu ?
Apa lagi jika dilihat kepada zaman berlakunya
perkahwinan mereka ini , bukan lagi di zaman kekuasaan
keluarga Yazid, bahkan yang berkuasa pada ketika itu
ialah keluarga Marwan . Di sana tidak terdapat satu
pun alasan untuk kita mengatakan perkahwinan itu
berlaku secara kekerasan atau paksaan .
Perkahwinan mereka membuktikan kisah – kisah kezaliman
yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan
Sayyidina Husain itu cerita – cerita rekaan oleh Abu
Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain – lain .
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain,
Muhammad bin Ali ( yang terkenal dengan Muhammad bin
Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin
Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah .
Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang
dipercayai sebagai imam oleh Syiah Kaisamyyah .
Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan
persemendaaan yang berlaku di antara Bani Umaiyyah dan
Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali,
Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara
mereka sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab
Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh
dirujuk dari kitab – kitab seperti Jamratu Al Ansab
, Nasbu Quraisy , Al Bidayah Wa An Nihayah , Umdatu Al
Thalib Fi Ansab Aal Abi Thalib dan lain – lain .
Jika dilihat dari sudut riwayat pula , cerita -
cerita berkenaan peristiwa Karbala itu tidak lebih
dari hikayat yang tidak mampu bertahan apabila diuji
dengan batu menguji sistem riwayat. Ini ialah kerana
tidak ada seorang pun pewarta kisah tersebut terdiri
daripada orang – orang yang menjadi saksi mata kepala
bagi peristiwa ini . Pewarta paling awal bagi
peristiwa Karbala ini ialah Abu Mukhnaf Lut bin Yahya
yang hidup di kurun ke 2H ! Boleh dikatakan 90% dari
kisah-kisah daripada peristiwa Karbala adalah berpunca
daripada Abu Mukhhaf Lut bin Yahya ini. Dia adalah
seorang yang telah dihukum oleh tokoh-tokoh ilmu rijal
sebagai seorang Syiah yang ” hangus” atau Syiah pekat
, pembohong dan pereka banyak hadis – hadis palsu .
Dia telah menulis beberapa buah buku yang memuatkan
cerita – cerita perang saudara di permulaan Islam
seperti peperangan Jamal, Siffin , perang di Naharwan
juga pertempuran di medan Karbala yang terkenal dengan
nama ” Maqtal Abi Mikhnaf ”
Buku – buku tersebut penuh dengan gambaran – gambaran
yang berlebih-lebihan dan benar-benar mencerminkan
method ahli cerita. Banyak pula cerita – cerita itu
hasil rekaannya sendiri. Kumpulan tulisan Abi Mikhnaf
inilah yang menjadi sumber rujukan utama at Thabari
dalam tarikhnya yang terkenal dengan ” Tarikhu Al Uman
Wa Al Muluk” atau ” Tarikh Thabari “. Di dalam
kitabnya itu Thabari seringkali mengulangi kata – kata
“Qaala Abu Mikhnaf ” yakni ” Berkata Abu Mikhnaf “.
Ahli – ahli sejarah yang datang kemudian pula
bersandar terus kepada Thabari dan dengan itu cereka -
cereka Abu Mikhnaf ini semakin mendapat tempat di
dalam sejarah .
Ketika peristiwa Karbala ini berlaku Abu Mikhnaf belum
lagi wujud di dunia ini . Imam Zahabi mengatakan , ”
Dia ( Abu Mikhnaf ) mati pada tahun 170H”. Ada pula
yang mengatakan dia mati pada tahun 157H. Ertinya
lebih kurang 100 tahun selepas berlakunya peristiwa
Karbala itu .
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan Abu
Mikhnaf ini pada pandangan tokoh – tokoh Ilmu Rijal
kerana dengan bercerminkan Ilmu Rijal kita dapat
melihat rupa paras sebenar pewarta sesuatu cerita.
Mukanya akan kelihatan kepada kita melalui cermin ini
, sama ada cantik atau hodoh. Imam Zahabi dalam ”
Mizan Al I’tidal ” menulis tentang Abu Mikhnaf ini
katanya , ” Tidak boleh dipercayai “. Abu Halim dan
lain – lain ulama jarh dan ta’dil telah
meninggalkannya ( tidak menerima riwayatnya ).
Daaraqutni berkata, “Dia seorang yang lemah” . Ibnu
Ma’in berkata : “Dia seorang yang tidak boleh
dipercayai”. Murrah berkata, “Dia seorang yang tidak
bernilai “, dan Ibu Adiy berkata : “Dia adalah seorang
Syiah yang hangus, ahli mereka cerita “.
Imam As Suyuti di dalam Al Laaliu Al Masnuu’ah
menghukum Abu Mikhnaf dan seorang lagi ahli cerita
sepertinya iaitu Al Kalbi dengan berkata : ” Lut ( Abu
Mikhnaf ) dan Al Kalbi adalah dua orang pendusta
besar”. Pengarang ” Taajul Arus ” pula memperkenalkan
Abu Mikhnaf dengan mengatakan : ” Dia adalah seorang
ahli cerita Syiah, rosak dan ditinggalkan riwayatnya
“. Berkenaan dengan Muhammad As Saaib Al Kalbi pula
Ibnu Hibban berkata : ” Kalbi adalah seorang Saba’i (
orang yang mengikut jejak langkah Abdullah bin Saba’
dan pengikutnya )”. Dia adalah dari kalangan orang -
orang yang berfahaman bahawa Ali tidak mati bahkan dia
akan datang ke dunia ini dan akan memenuhinya dengan
keadilan sebagaimana telah dipenuhi dunia ini sebelum
itu dengan kezaliman. Ibnu Ma’in berkata : ” Kalbi ini
seorang yang tidak boleh dipercayai”. Jazajani dan
lain – lain berkata : ” Dia adalah seorang pendusta
besar”. Daaraqutni dan sekumpulan besar ulama
menghukum dia sebagai “matruk” ( orang yang tidak
diterima pewartaannya ). Imam A’masy pula berkata : ”
Waspadalah daripada saba’i ini kerana saya mendapati
ramai ulama menyenaraikannya dalam golongan pendusta
“.
Begitu juga kedudukan anaknya Hisyam. Dia adalah
seorang yang tidak diterima periwayatannya oleh ulama
Rijal , bahkan mereka telah menghukumnya sebagai
pendusta besar. Ringkasnya beginilah kedudukan dan
latar belakang pewarta-pewarta kisah Karbala. Jadi
bagaimanakah akan diterima cerita orang – orang yang
seperti ini ?
Bukti sokongan keempat yang menunjukkan pembunuh -
pembunuh Sayyidina Husain dan orang – orang yang
menghadapi beliau dengan lengkap bersenjata sebagai
musuh itu adalah Syiah Kufah dapat juga dipastikan
melalui nama yang disebutkan oleh Sayyidina Husain dan
yang ditujukan ucapannya, kepadanya seperti :
i. Sulaiman bin Surad Khuza’i
ii. Musaiyyab bin Najabah
iii. Abdullah bin Sa’ad
iv. Abdullah bin Wall
v. Rafa’ah bin Syaddad
vi. Syabat bin Rab’i
vii. Hajjar bin Abjar
viii. Yazid bin Harits
ix. Urwah bin Qais
x. Amar bin Hajjaj
xi. Hur bin Yazid
Al Majlisi sendiri mengakui bahawa orang – orang
mukmin dan Syiah seperti Sulaiman bin Surad Khuza’i,
Musaiyyab bin Najabah, Rafa’ah bin Syaddad , Habib bin
Mudzaahir dan lain – lain itulah yang mengutuskan
surat pertama kepada Sayyidina Husain dengan
menyebutkan di dalamnya Sayyidina Muawiyah sebagai “Al
Jabbar Al ‘ Anid” ( diktator yang keras kepala ).
Di antara yang ditulis oleh mereka ialah , ” Sekarang
kami tidak mempunyai imam dan ketua . Tuan datanglah
kepada kami. Kami akan memberikan sepenuh-penuh taat
setia kepada tuan. Sebaik sahaja tuan datang, kami
akan menghalau keluar Nu’man bin Basyir Gabenor Kufah
daripada Kufah ini. Wassalam “. ( Jilaau Al Uyun ,
m.s. 356 ).
Perkara yang sama juga tersebut di dalam kitab
‘Muntaha al Aamaal’ jilid 1 m.s. 303. Lihat juga
‘Tarikh At Thabari’ jilid 4 m.s. 261 – 262 , ‘Al Kamil
Fi At Tarikh’ jilid 3 m.s. 266 .
Surat ini disampaikan oleh Abdullah bin Sab’un Al
Hamdani dan Abdullah bin Wall kepada Sayyidina Husain.
Selepas surat ini pembesar – pembesar Kufah dan orang
- orang kenamaannya yang mana bilangan mereka adalah
seramai 150 orang , mengirimkan pula surat kepada
beliau melalui Qais bin Mushir, Abdullah bin Syaddad
dan Ammar bin Abdullah. Dua hari selepas itu penduduk
Kufah menghantarkan pula surat kepada beliau melalui
Hani’ bin Hani’ As Sabi’i dan Sa’id bin Abdullah Al
Hanafi . Di antara kandungan surat itu ialah :
Selepas Bismillah, ” Bahawa segeralah sampai kepada
kalangan teman – teman dan pengikut – pengikut tuan.
Semua kami telah pun bersiap sedia menanti tuan “.
Selepas itu Syabats bin Rab’i , Hajjar bin Abjar ,
Yazid bin Harits , Urwah bin Qais , Amar bin Hajjaj
dan Muhamamd bin Umair At Tamimi pula mengirimkan
surat yang lebih kurang isi kandungannya dengan surat
- surat yang lalu. ( ‘Jilaau Al Uyun’, m.s. 357,
‘Muntaha Al Aamal’ jilid 1, m.s. 303, ‘Tarikh At
Thabari’, jilid.4 m.s. 262, dan Al Kamil Fi At Tarikh,
jilid m.s. 267 )
Walaupun begitu Sayyidina Husain masih teragak – agak
menyambut seruan mereka sehinggalah sampai surat -
surat mereka kepada beliau sebanyak lebih kurang
12,000 pucuk dan terlalu ramai pula datang orang -
orang yang diutuskan oleh penduduk Kufah. Pada ketika
itu barulah Sayyidina Husain membalas surat – surat
mereka dengan menulis begini :-
” Surat ini adalah daripada Husain bin Ali kepada
orang – orang Mukmin dan Muslim dari kalangan Syiah.
Surat tuan – tuan telah pun saya terima semuanya.
Sekarang saya hantarkan kepercayaan saya kepada Muslim
bin ‘Aqil kepadamu. Nanti kalau dia menuliskkan surat
kepada saya tentang pengutus – pengutus surat – surat
tersebut adalah dari orang – orang yang mulia,
bijaksana dan bertanggungjawab, maka insya Allah
dengan segera saya akan datang kepadamu”. ( ‘Jilaau Al
Uyun’ , m.s. 357, ‘Muntaha Al Aamal’ , jilid 1, m.s.
303; ‘Tarikh At Thabari’ jilid 4 , m.s. 262; ‘Al Kamil
Fi At Tarikh’ jilid 3, m.s. 267 )
Apabila menyebut nama orang – orang ini mungkin ada
orang berkata bahawa, ” Mereka itu sebenarnya adalah
orang – orang yang setia kepada Ibn Ziad dan kerajaan.
Mereka hanya menyamar sebagai Syiah, bukannya Syiah
yang sebenar, semata – mata untuk memerangkap
Sayyidina Husain. Kerana itulah mudah sekali mereka
mengarahkan pemberontak – pemberontak yang berkumpul
di hadapan kediaman Gabenor Ibn Ziad di Kufah dan
kemudian tampil pula di medan Karbala untuk menentang
dan memerangi Husain, seterusnya membunuh beliau dan
orang – orang yang ikut serta dengan beliau “.
Maka sebagai jawapannya kita akan berkata , ” Alasan
seperti ini mungkin boleh diterima oleh orang – orang
Ahlus Sunnah dan juga orang – orang yang tidak
mempunyai kepercayaan tentang Imamah. Tetapi orang -
orang yang mempercayai para Imam itu mempunyai satu
buku daftar nama – nama ‘syiah’ berserta nama – nama
ayah mereka, andaian ini tertolak sama sekali. Kerana
itulah di dalam ‘Kitab Al Kafi’ jilid 1 m.s. 223
dinukilkan kata – kata Imam Ar Ridha bahawa , ” Kami
memang mengenali seseorang apabila kami melihatnya
sama ada ia seorang mukmin atau ia seorang munafik,
dan sesungguhnya ‘syiah’ kami tertulis nama mereka
bersama nama – nama ayah mereka (dalam buku catatan
yang ada pada kami )”.
Demikian juga tersebut di dalam kitab ‘Al Ihtijaj
Thabarsi ‘ tentang ciri – ciri seseorang Imam bahawa,
” Padanya ada satu daftar yang tertulis di dalamnya
nama – nama ‘syiah’nya hingga qiamat” . ( ‘Al Ihtijaj’
, jilid 2 , m.s. 437 ).
Jadi bagaimanakah Sayyidina Husain yang dipercayai
sebagai imam oleh orang – orang Syiah itu tidak akan
mengetahui pula ‘syiah’nya ( pengikutnya ) yang
menjemput beliau untuk memberontak itu ? Masakan
beliau akan mendedahkan diri kepada bahaya yang
mengancam negara beliau dan ahli keluarganya sendiri
di dalam perjalanan itu !
Bukti sokongan kelima yang menunjukkan pembunuh -
pembunuh Sayyidina Husain adalah orang – orang Syiah
Kufah adalah nasihat orang – orang tua dari kalangan
sahabat dan juga sanak saudara beliau agar tidak
terpengaruh dengan golongan Syiah itu . Mereka
mengingatkan Sayyidina Husain tentang pengkhianatan
dan kebiadaban Syiah terhadap abang dan ayah beliau
pada masa – masa yang lalu .
Sebagai contohnya di sini akan dikemukakan nasihat
beberapa sahabat beliau. Di antaranya ialah :-
a) Abu Sa’ id Al Khudri menceritakan bahawa, ” Husain
telah mendorong saya supaya memberontak. Maka saya pun
berkata kepadanya; Bertaqwalah kepada Allah di dalam
hatimu. Tetaplah duduk di rumahmu dan janganlah engkau
memberontak terhadap Imammu ( Khalifah Yazid )”. ( ‘Al
Bidayah Wa An Nihayah’, jilid 8 , m.s. 163 )
b) Abu Waqid Al Laitsi menceritakan tindakannya
menghalang Sayyidina Husain untuk berangkat ke Kufah
dengan katanya, ” Maka aku menahannya daripada keluar
memberontak dengan nama Allah kerana orang yang
memberontak bukan dengan sebab yang wajar adalah orang
yang keluar membunuh diri sendiri “. ( Ibid , m.s. 163
)
c) Jaabir bin Abdillah berkata , ” Aku telah
menasihati Husain dengan kataku; Bertaqwalah kepada
Allah dan janganlah engkau memperlagakan sebahagian
orang dengan sebahagian yang lain “. ( Ibid ).
d) Sementara Ibn Umar yang dipanggil dengan gelaran ‘
Syeikh As Sahabah ‘ pula menasihati Sayyidina Husain
dengan katanya, ” Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah
engkau memecah belahkan perpaduan ummat Islam”. (
‘Tarikh At Thabari’ , jilid 4, m.s. 254 )
e) Ibn Abbas yang dianggap sebagai orang tua dari
kalangan Ahlul Bait pada masa itu juga puas menasihati
Sayyidina Husain seperti juga orang – orang lain
tetapi tidak didengar oleh Sayyidina Husain. Mengikut
apa yang dikemukakan oleh At Thabari, sampai begini
kata – kata Ibn Abbas, ” Demi Allah! Kalau aku yakin
engkau akan menurut kata – kataku dengan menyentap
rambutmu dan memegang tengkokmu sehingga semua orang
melihat keadaan itu, nescaya aku lakukan”. (‘Tarikh At
Thabari’ , jilid 4 , m.s. 288 )
Aku Bakar bin Al Harits bin Hisyam pula menasihati
Sayyidina Husain dengan katanya , ” Bagaimana engkau
akan berangkat demi menyahut jemputan orang – orang
yang telah memberontak dan menderhaka terhadap ayah
dan abangmu. Bukankah engkau sendiri telah menyaksikan
apa yang telah mereka lakukan terhadap abangmu sesudah
ayahmu? Apakah dengan mereka engkau akan memerangi
penduduk Syam dan Iraq yang lebih kuat daripadamu dan
cukup lengkap pula senjata mereka ? Bukankah mereka
itu orang – orang yang pernah menarik diri daripada
berbai’ah kepadanya sehingga sebak dada ayahmu oleh
kemarahan , padahal seorang yang lebih berpengaruh ,
lebih perkasa dan lebih dipatuhi ramai?” ( ‘Al Mas’ud
Muruju Az Zahab’ , jilid 3 m.s. 69 – 70 )
Hadis – hadis Syiah yang diriwayatkan daripada Imam -
imam maksum juga membuktikan bahawa pembunuhan
Sayyidina Husain dan keluarganya dari awal hingga
akhir telah berlaku di tangan orang – orang Syiah dan
kerana ini mereka terpaksa menderita bencana dan
malapetaka besar hingga ke hari ini . Di dalam ” Usul
Kafi ” tersebut satu riwayat daripada Abu Hamzah Ats
Tsumali katanya, ” Aku mendengar Muhammad Al Baqir
berkata , ” Wahai Tsabit ! Sesungguhnya Allah
Tabarakawataala telah menentukan kemunculan Imam Mahdi
pada tahun 70H tetapi apabila Husain terbunuh maka
murkalah Allah ke atas penduduk bumi lalu ditundakan
kemunculannya kepada tahun 140H. Kami ceritakan kepada
kamu tetapi kamu heboh – hebohkan cerita kami. Kamu
singkapkan tabir rahsia kerana itulah Allah tidak
menentukan lagi waktu kemunculannya kepada kita “.
Berkata Abu Hamzah, ” Maka aku kemukakan perkara ini
kepada Jaafar As Shadiq, oleh beliau diakui bahawa
memang begitulah yang terjadi “. (‘Al usul Min Al
Kafi’ , jilid 1, m.s. 368 )
Daripada hadis Syiah ini dapat difahamkan bahawa
pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain itu sememangnya
orang – orang Syiah . Jika tidak tentulah kemunculan
Imam Mahdi pada tahun 70H yang ditentukan Tuhan itu
tidak ditundakan kerana tidakkah kemunculan Imam Mahdi
itu merupakan nikmat dan rahmat kepada golongan Syiah
? Bukankah mengikut kepercayaan Syiah kedatangan Imam
Mahdi akan menghadiahkan kerajaan dan pemerintahan
kepada orang – orang Syiah di seluruh dunia ? Kalaulah
pembunuh – pembunuh Sayyidina Husain itu bukan Syiah ,
kenapa pula mereka dihadang daripada mendapat nikmat
itu ? Bukankah dengan mengatakan begitu bererti kita
mencabar keadilan Tuhan yang dicanang oleh golongan
Syiah sebagai Rukun Iman mereka ? Kenapa pula orang
lain yang membuat onar tetapi yang menanggung rugi
ialah Syiah ?
Ya, mungkinlah ada satu lagi jalan hadapan kita untuk
melepaskan Syiah daripada pembunuhan Sayyidina Husain
iaitu kerana terbunuhnya Husain itu Tuhan begitu murka
sehingga tidak dapat membezakan lagi siapa ‘ kekasih’
dan siapa ‘ musuh’ Nya sehingga telah memutuskan
keberuntungan kepada pihak musuh dan kerugian pula
kepada pihak kekasih dengan menundakan kemunculan Imam
Mahdi!!!
Untuk dikatakan Yazid melalui Gabenor Ubaidullah bin
Ziad dan panglimanya Umar membunuh Sayyidina Husain,
selain daripada ianya bercanggah dengan kenyataan -
kenyataan dan bukti – bukti yang telah dikemukakan
sebelum ini, ia juga bercanggah dan bertentangan
dengan pesanan yang telah diberikan oleh Muawiyah
kepada Yazid tentang Sayyidina Husain dan pesanan itu
dicatatkan oleh Thabari di dalam ” Tarikh”nya bahawa,
” Adapun Husain bin Ali maka penduduk Iraq sekali -
kali tidak akan melepaskannya sehinggalah mereka
mengeluarkannya untuk memberontak. Maka sekiranya ia
keluar memberontak terhadapmu dan engkau dapat
menangkapnya maka maafkan lah dia kerana beliau
mempunyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan
kita dan juga mempunyai hak yang sangat besar”. (
‘Tarikh At Thabari’ , jilid 4 , ms 238 )
Di tempat yang lain dinukilkan begini , ” Sekiranya
engkau menangkapnya maka maafkanlah dia kerana jika
aku sendiri menghadapi perkara ini necsaya aku
memaafkan dia juga “. ( Ibid jilid 4 m.s. 239 )
Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Mullah
Baqir di dalam kitabnya ” Jilaau Al Uyun “. Walaupun
selepas mengemukakan pesanan ini Mulla Baqir
menyatakan pendapatnya bahawa wasiat yang diberikan
oleh Muawiyah kepada Yazid itu bukanlah kerana
memikirkan Sayyidina Husain tetapi untuk menjaga
kerajaan Yazid. Kerananya Muawiyah telah pun
mengetahui bahawa dengan membunuh Sayyidina Husain
akan hancurlah kerajaan Yazid. Tetapi ini tidak lebih
daripada dakwaan semata – mata tanpa disokong oleh
dalil yang kukuh dan memberikan kunci ilmu ghaib pula
kepada Muawiyah . Kalaulah Muawiyah memang berniat
begitu, kenapakah beliau tidak mengatakan terus terang
kepada Yazid bahawa, ” Jangan sekali – kali engkau
membunuh Husain kerana pembunuhannya menandakan
kehancuran kerajaanmu”. Walau bagaimanapun pesanan
Muawiyah itu telah dikemukakan juga oleh beliau
seperti mana ahli – ahli sejarah yang lain.
Yazid pula di dalam pesanannya terhadap gabenornya Ibn
Ziad menekankan begini : ” “Saya mendapat tahu bahawa
Husain telah pun menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah
di kawasan – kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang
diragui , tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh
tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali
orang yang memerangimu dan tulislah selalu kepadaku
tentang apa yang berlaku. Wassalam “. ( ‘Al Bidayah Wa
An Nihayah’ , jilid 8 m.s. 165 )
Pesanan ini menunjukkan tindakan Yazid yang bijaksana
sebagai pemimpin negara yang mahukan keamanan dan
ketenteraman di dalam negaranya. Begitu juga terdapat
arahan di dalamnya kepada Gabenor Ibnu Ziad supaya
tidak memulakan perang terhadap pihak lawannya dan
jika diserang pula, maka langkah – langkah yang
mempertahankan diri perlulah diambil. Kata – kata
Yazid yang berbunyi , “Tetapi janganlah engkau perangi
kecuali orang yang memerangimu” , merobohkan sama
sekali cerita palsu yang memuatkan kezaliman dan
kekejaman oleh pihak kerajaan Yazid terhadap Sayyidina
Husain. Begitu juga mana mungkin kekejaman dan
tindakan yang melampau terhadap rombongan Sayyidina
Husain itu dilakukan oleh Ibn Ziad, gabenor Yazid di
Kufah dalam keadaan terdapat pula surat daripada
Marwan, bekas Gabenor Madinah, kepadanya yang berpesan
dengan sungguh – sungguh berbunyi :
” Sesungguhnya Husain bin Ali anak Fatimah telah pun
menuju ke arahmu dan Fatimah adalah anak perempuan
Rasulullah s.a.w. Demi Allah ! Tidak ada seorang pun
yang lebih dikasihi kami daripada Husain. Semoga Allah
menyelamatkannya . Oleh itu waspadalah. Jangan
sekali-kali kerana kemarahan engkau melakukan sesuatu
yang tidak dapat diubati dan tidak dapat dilupakan
oleh ummat sampai akhir zaman. Wassalam”. ( ‘Al
Bidayah Wa An Nihayah’, jilid 8, m.s. 165; ‘Naasikhu
At Tawarikh’, jilid 6 , m.s. 212 ).
Surat ini selain daripada menunjukkan betapa kasihnya
Marwan kepada Sayyidina Husain dan betapa kuatnya
peringatan yang diberikannya kepada Ibn Ziad telah
menidakkan segala cerita – cerita palsu yang
dihubungkan kepada Ibnu Ziad . Dengan adanya pesanan -
pesanan dan arahan – arahan seperti ini daripada
pemimpin agung dan pemimpin – pemimpin yang lain, mana
mungkin seorang pemimpin bawahan seperti Ibn Ziad
sanggup melanggarnya .
Selain dari itu kalaulah Yazid bertanggungjawab di
dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu maka mengapakah
pula rombongan – rombongan sanak – saudara Sayyidina
Husain yang masih hidup selepas peristiwa Karbala itu
dibawa oleh bala tentera Yazid ke Syam dengan penuh
penghormatan ? ( Al Akhbaru At Thiwal m.s. 200 )
Zainab saudara Sayyidina Husain misalnya, setelah
berada di Syam dan mendapat bermacam – macam kemudahan
dan layanan yang baik daripada pihak kerajaan Yazid
tidak mahu lagi pergi kemana – mana hatta pulang ke
Madinah apa lagi akan pergi ke Iraq atau Kufah . Ali
Zainal Abidin pula dilaporkan oleh ahli – ahli sejarah
sebagai seorang yang amat setia kepada Yazid dan tidak
terlibat dalam mana – mana pemberontakan oleh mana -
mana pihak sesudah itu sama ada pemberontakan oleh
pihak Ibnu Zubair atau pihak Mukhtar bin Abi Ubaid Ats
Tsaqafi (yang bangkit memberontak dengan alasan
membela Ahlul Bait !)
———— ——— ——— ——— ——–
———— ————
Umar bin Saad telah dikaitkan dengan pembunuhan
Sayyidina Husain kerana beliau adalah anak kepada
salah sahabat agung Rasulullah s.a.w. , Saad bin Abi
Waqqas r.a. Kejujuran dan kebaikan Umar bin Saad ini
dapat kita lihat di celah – celah kitab sejarah yang
bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan.
Muslim bin ‘Aqil mengamanahkan kepadanya untuk
menyampaikan pesan kepada Sayyidina Husain (sebelum
sampai ke Kufah) tentang kecurangan golongan Syiah
yang sebelum itu telahpun mengadakan janji setia
dengannya. Umar bin Saad telah menyampaikan amanah
Muslim bin ‘Aqil itu kepada Sayyidina Husain. ( Akbary
At Thiwal m.s. 354 ). Selepas mendapat maklumat ini
Sayyidina Husain tidak mahu lagi meneruskan
perjalanannya ke Kufah dan terus membelok ke kiri
mengambil jalan Syam atau Karbala yang berada di jalan
yang menuju ke Syam, bukan jalan yang menuju ke
Kufah. Sementara Ibnu Ziad pula dengan senang hati
membenarkan Umar bin Saad yang diketahuinya sangat
bersimpati dan kasih kepada Husain untuk membawa
amanah Muslim bin ‘Aqil kepada Husain yang sedang
dalam perjalanan ke Kufah itu ( Al Bidayah Wa An
Nihayah).
Ini jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Husain telahpun
membatalkan maksud asalnya untuk memberontak terhadap
kerajaan Yazid dan telahpun menunjukkan kesediaanya
untuk berbai’ah kepada Yazid. Ini jelas kita lihat di
dalam kitab – kitab sejarah di mana Sayyidina Husain
telah diberi pilihan oleh pihak kerajaan ( melalui
Umar bin Saad) bahawa sama ada beliau berpatah balik
ke Mekah atau pergi kemana – mana perbatasan negeri
atau mengalihkan arah tujuannya ke Syam untuk
berbai’ah kepada Yazid .
Jika salah satu daripada tiga perkara ini dipilih oleh
Sayyidina Husain, beliau dan rombongannya tidak akan
sekali kali diganggu dan diceroboh , apalagi akan
dibunuh. ( (Umdau At Thalib Fi Ansab Aal Thalib, m.s.
179; At Thabari jilid 4 m.s 313 )
Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad
telah melakukan keganasan dan penghinaan sebegitu rupa
sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku – buku
sejarah kerana kerana bertentangan dengan riwayat
oleh Abu Mikhnaq Lut bin Yahya sendiri bahawa perawi
berkata , ” Seolah – olah aku masih lagi nampak
airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan
janggutnya”. ( Tarikh At Thabari jilid 4 m.s. 245 )
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang
digambarkan oleh sejarah itu tidak mungkin akan
menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu
sekali bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan
kesedihannya yang amat sangat di atas kematian
Sayyidina Husain yang telah dibunuh secara aniaya itu
.
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh
Ibn Saad di dalam ” Thabaqat “nya dalam senarai
thabaqah yang pertama dari kalangan tabiin penduduk
Madinah .
Hafidz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama – nama orang
- orang yang meriwayatkan hadis daripadanya. Kata
Hafidz Ibn Hajar, ” Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az
Zuhri Abu Hafas Al Madani” tinggal di Kufah. Beliau
telah meriwayatkan hadis daripada ayahnya dan dari Abi
Sa’id Al Khudri. Sementara orang – orang yang
meriwayatkan hadis – hadis daripadanya ialah anaknya
Ibrahim dan cucunya Abu Bakar bin Hafas, Abu Ishaq
As-Sabi’i , Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam,
Qatadah, Suhri , Yazid bin Abi Habib dan lain – lain
lagi .
‘Ijli berkata, ” Beliau meriwayatkan beberapa hadis
daripada ayahnya dan beliau adalah seorang tabii yang
tsiqah ( yang dipercayai ) “. ( Tahzibu At Tahzib
jilid7 m.s 396 )
Kenyataan Hafidz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar
bin Saad adalah seorang yang dipercayai oleh ulama
mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang – orang
yang kepercayaan dalam periwayatan mereka . Sekiranya
keganasan dan kezalimannya terhadap Sayyidina Husain
dan rombongannya memang benar – benar berlaku seperti
yang digambarkan oleh buku – buku sejarah maka
bagaimanakah orang – orang besar yang merupakan
tonggak dalam periwayatan hadis menerimanya sebagai
seorang yang adil lagi tsiqah ? Kenyataan ini juga
menunjukkan bahawa kisah – kisah kezaliman yang
dihubungkan kepada Umar bin Saad ini belum lagi
popular pada ketika itu dan tidak diterima oleh ahli
ilmu dan cerdik pandai Islam .
Sebenarnya, orang – orang Syiah yang ikut serta dalam
rombongan Sayyidina Husain sebagai pengiring mereka
seramai lebih kurang 60 orang itu tidak akan senang
hati dengan keputusan Sayyidina Husain untuk membai’ah
Yazid kerana bila Sayyidina Husain berbaiah kepada
Yazid mereka sudah pasti akan dibunuh. Sekiranya ini
terjadi akan musnahlah segala perancangan mereka untuk
menghancurkan perpaduan umat Islam pada ketika itu
iaitu dengan tertangkapnya orang – orang yang terlibat
dalam pemberontakan tersebut dan dengan terkumpulnya
seluruh baiah kepada Yazid .
Apa yang kita ketahui hari ini sebagai peristiwa
Karbala yang menyayatkan hati setiap Muslim yang
cintakan Rasulullah s.a.w dan Ahlul Baitnya sebenarnya
disebabkan oleh golongan Syiah yang mengiringi
Sayyidina Husain di samping golongan Syiah yang datang
dari Kufah . Merekalah yang bertanggungjawab membunuh
Sayyidina Husain dengan tujuan untuk terus
mengharubirukan suasana dan memecah belahkan kesatuan
umat . Untuk mencapai tujuan ini mereka telah
mencanangkan Yazid sebagai orang yang bertanggungjawab
terhadap pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala.
Begitulah perangai mereka , setelah membunuh seseorang
mereka letakkan dosa pembunuhan itu ke atas orang
lain. Sebagai buktinya, kita boleh lihat kenyataan
seorang pengarang sejarah Syiah di dalam bukunya ”
Umdatu At Talib ” di mana beliau menulis begini :
” Setelah mendengar berita pembunuhan Muslim , maka
Husain mahu berpatah balik tetapi anak – anak ‘ Aqil
enggan berbuat begitu . Maka beliaupun terus mara ke
hadapan sehingga sampai tidak jauh dari Kufah . Di
situ beliau berhadapan dengan Hur bin Yazid Ar Riahi
(seorang Syiah ) dengan 1,000 pasukan berkudanya .
Husain enggan meneruskan perjalananannya ke Kufah dan
beliau membelok ke arah Syam dengan maksud untuk
menemui Yazid bin Muawiyah tetapi bila beliau sampai
di Karbala beliau ditahan dari meneruskan
perjalanannya ke Syam dan dipaksa supaya pergi ke
Kufah menurut perintah Ubaidullah bin Ziad tetapi
Husain tetap enggan dan tetap memilih jalan yang
membawa mereka ke Syam “. ( Umdatu At Thalib Fi Ansab
aal Abi Thalib, m.s. 179 )
Kalaupun dikatakan juga Yazid yang bertanggungjawab ke
atas pembunuhan Sayyidina Husain dan sebahagian ahli
rombongannya ke Kufah itu ( walaupun sebelum ini telah
terbukti bahawa Yazid bebas daripada tuduhan
pembunuhan itu ) maka bukankah ada juga hujah bagi
Yazid untuk bertindak demikian berdasarkan perintah
Nabi s.a.w. di dalam sabdanya yang bermaksud :
” Apabila telah dibai’ahkan dua khalifah maka bunuhlah
yang terkemudian daripada dua itu “. (Sahih Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
” Jika seseorang tampil untuk menentang seseorang
khalifah ( yang sudah dilantik ) dengan mendakwa
sebagai khalifah , maka penggallah leher orang yang
mendakwa khalifah itu “.(Muslim, Abu Daud , Nasai,
Ahmad , Ibn Majah )
Nabi s.a.w. . juga bersabda bermaksud :
” Sesiapa juga yang datang kepadamu dalam keadaan kamu
sudah berbai’ah kepada seseorang, dia mahu memecahkan
perpaduan kamu atau menyelerakkan perpaduan di antara
kamu, maka bunuhlah dia “. ( Sahih Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
” Nanti akan berlaku fitnah yang besar- besar. Maka
jika ada sesiapa mahu menyelerakkan urusan umat ini
ketika mana mereka telahpun bersepakat, maka
penggallah lehernya dengan pedang , biar siapapun dia
itu “. ( Muslim )
Mungkin ada yang terkeliru apabila melihat kedudukan
Sayyidina Husain yang begitu istimewa berbanding
Yazid, maka haruslah Sayyidina Husain memberontak
terhadap Yazid. Kekeliruan seperti ini seharusnya akan
hilang dengan adanya hadis-hadis daripada Rasulullah
s.a.w.. seperti yang bermaksud :
” Turutlah dan taatilah ( pemerintahmu ) walaupun
dilantik memerintah kamu seorang hamba Habsyi yang
kepalanya bagaikan buah anggur “. ( Bukhari , Muslim,
Nasai, Ahmad, Ibn Majah )
Begitu juga menurut apa yang diriwayatkan oleh Ubadah
bin As Shamit bahawa , “Rasulullah s.a.w. memanggil
kami dan kami berbai’ah kepadanya untuk menurut dan
mematuhi pemerintah”.
Sama ada kami suka atau tidak suka, sama ada sukar
ataupun mudah untuk kami menurutinya dan sehingga kami
mengorbankan apa saja untuknya, kami juga berbai’ah
untuk tidak menentang pemerintah kecualilah jika
pemerintah itu melakukan kekufuran secara
terang-terangan dan kamu pula mempunyai bukti yang
terang daripada Allah tentangnya . ( Sahih Bukhari &
Muslim )
Kedua – dua hadis ini menjelaskan bahawa seseorang
pemimpin itu wajib ditaati dan tidak boleh memberontak
terhadapnya biar dalam keadaan bagaimana sekalipun
kecualilah jika pemerintah itu telah melakukan
kekufuran secara terang – terangan seperti yang
tersebut di dalam hadis ini . Oleh itu di manakah
letaknya kewajaran menentang beliau (Yazid) dan
memberontak terhadapnya ?
Berdasarkan hadis – hadis ini juga tidakkah wajar bagi
Yazid bertindak menghalang pemberontakan yang berlaku
( walaupun usaha ini sampai menumpahkan darah ) ? Jika
diandaikan Sayyidina Husain berada di tempat Yazid
sebagai khalifah maka apakah yang seharusnya beliau
lakukan ke atas pemberontak yang mahu merampas kuasa
daripadanya ? Bukankah dia akan bertindak
mempertahankan kedudukannya sebagai khalifah yang
telah dibai’ahkan oleh umat dengan menumpaskan
pemberontakan yang berlaku walaupun dengan menumpahkan
darah mereka. Jika beliau bertindak begitu , bukankah
kita tetap akan berkata , ” Bahawa beliau tidak
melampaui batas dalam tindakannya itu kerana
sememangnya ada perintah Rasulullah s.a.w berhubung
dengan tindakan terhadap pemberontakan atau orang yang
mendakwa sebagai khalifah setelah diberikan ba’iah
kepada seseorang sebagai khalifah sebelumnya ?”
Kerana itulah kita lihat dalam sejarah tidak ada
seorangpun sahabat yang turut serta dalam
pemberontakan yang dicetuskan oleh Sayyidina Husain,
bahkan mereka telah berusaha sedaya upaya menghalang
Sayyidina Husain dari maksudnya itu . Perlu diingat
bahawa pada masa itu terdapat masih ramai lagi sahabat
Rasulullah s.a.w. ( Syeikh Muhammad Al Khudhari Bey -
Itmamu AL Qafa’ Fi Seerati Al Khulafa’, m.s 14 )
Demikian juga dari kalangan sanak – saudaranya hanya
sebilangan kecil sahaja daripada mereka yang ikut
serta dalam rombongan itu . Iparnya Abdullah bin
Jaafar At Thayyan, suami kepada saudara perempuan
Sayyidina Husain yang bernama Zainab, telah bercerai
dengan isterinya kerana berbeza pendapat dengan
isterinya dan tidak bersetuju dengan maksud Sayyidina
Husain itu.
Disini mungkin pula timbul persoalan iaitu , kenapa
pula kita mengambil kenyataan dari riwayat yang
menyatakan pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain adalah
Syiah Kufah dan bukannya pihak Yazid sebagimana yang
sering didengari dan disebarkan selama ini?
Maka untuk menjawab persoalan ini kita akan berkata
bahawa , ” Riwayat yang mengatakan pihak Yazid sebagai
pembunuh Sayyidina Husain di Karbala itu 90%
daripadanya adalah berpunca daripada Abu Mikhnaf Lut
bin Yahya dan orang – orang seperti Muhammad bin As
Saaib Al Kalbi dan anaknya Hisyam yang telah dikenali
oleh ulama Rijal sebagai orang – orang Syiah. Bahkan
mereka disebutkan sebagai ” Saba’i ” (pengikut
Abdullah Ibn Saba’ )”
Riwayat-riwayat yang menyebutkan Syiah Kufah sebagai
pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Sayyidina
Husain itu juga diriwayatkan oleh Syiah . Bahkan
kenyataan – kenyataan ini tersebut di dalam kitab -
kitab mereka yang ” asal “.
Jadi kedua – dua riwayat ini adalah berpunca daripada
Syiah (pengikut Ibn Saba’ yang terkutuk itu) , mereka
menyimpan bersama mereka fakta yang sebenarnya tetapi
untuk mengelirukan umat Islam terutamanya golongan
Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan umat manusia seluruhnya,
mereka mencipta kisah – kisah yang menggambarkan
Yazid sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam
pembunuhan itu . Orang – orang dari kalangan mereka
seperti Abu Mikhnaf Lut bin Yahya, Al Kalbi, Al Waqidi
dan lain – lain mencipta kisah ini untuk dikemukakan
kepada ahli – ahli sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seperti At Thabari dan lain – lain .
Dan apa yang dikemukakan oleh Thabari itu telah
mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat kerana
beliau dipercayai sebagai orang Ahlus Sunnah wal
Jamaah yang bersikap sederhana dalam penyusunan kitab
sejarahnya. Dengan begitu , berjayalah puak-puak Syiah
ini dalam perancangan mereka yang halus itu. Berabad
lamanya mereka berpesta keriangan lantaran tertipunya
Ahlus Sunnah dan manusia semuanya .
Walau bagaimanapun , kebenaran tetap akan terserlah
jua akhirnya. Seperti matahari yang ditutupi awan
tebal untuk beberapa lama tetapi akhirnya tetap akan
memancarkan sinarnya yang terang .
Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang terperangkap
dengan tipu daya Syiah ini adalah golongan yang
meninggalkan dua sumber yang dijamin oleh Rasulullah
s.a.w . iaitu Al-Quran dan Al Hadis .
Mereka itu sebenarnya adalah orang – orang yang malang
kerana menganggap Al-Quran dan As Sunnah tidak
berperanan dalam mengemukakan fakta – fakta sejarah
sepertimana peranannya di dalam mengemukakan hukum -
hukum agama .
Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh
dengan kedua – duanya , sama sekali mereka tidak akan
terkeliru dan terpedaya dengan kepalsuan sejarah yang
disebarkan oleh musuh – musuh Islam.
Di dalam Sahih Bukhari misalnya akan kita temui
riwayat dari Ibn Umar yang dengan jelas mengatakan
golongan Syiah Kufah atau orang Iraq lah yang telah
membunuh cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Husain,
iaitu ketika beliau ditanya oleh seorang penduduk Iraq
tentang apakah fidyahya orang yang berihram yang
membunuh lalat ? Maka sebagai menjawabnya beliau
berkata, ” Orang Iraq bertanya tentang membunuh lalat
padahal mereka telah membunuh cucu Rasulullah s.a.w .
( Sahih Bukhari , jilid 1, m.s 530 )
Riwayat ini menunjukkan bahawa para sahabat yang masih
hidup pada ketika itu tidak menganggap pembunuhan
Sayyidina Husain di Karbala berlaku mengikut perintah
Yazid bahkan mereka menganggap orang Iraq atau orang-
orang Kufahlah yang bertanggungjawab membunuh
Sayyidina Husain, kerana itulah sikap mereka terhadap
Yazid dapat dilihat dengan jelas iaitu mereka tetap
setia kepadanya dan tidak terlibat dalam pemberontakan
- pemberontakan terhadapnya yang dicetuskan oleh Ibn
Zubair atau Mukhtar bin Abi’ Ubaid Ats Tsaqafi .
Di zaman kemudian daripada generasi sahabat pula ,
walaupun sudah agak meluas tersebarnya riwayat -
riwayat yang menuduh Yazid sebagai pembunuh Sayyidina
Husain, namun rata-rata masyarakat pada masa itu masih
tidak terpedaya dengannya . Sebagai contohnya dapat
dilihat pada pandangan Imam Ghazali tentang Yazid dan
juga orang yang membunuh atau menyuruh membunuh
Sayyidina Husain. Kata beliau , ” Dan Yazid, Islamnya
baik, tidak benar pendapat yang mengatakan beliau
membunuh Sayyidina Husain atau beliau menyuruh orang
membunuhnya atau beliau senang hati dengan pembunuhan
itu . Oleh itu , apabila tidak benar pembunuhan itu
dilakukannya , maka haramlah berprasangka buruk
terhadapnya . Allah s.w.t berfirman bermaksud :
” Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian dari prasangka itu adalah dosa “.
Nabi S.A.W. bersabda :
” Sesungguhnya Allah mengharamkan darah, harta dan
kehormatan setiap orang Muslim ( dari dicerobohi) ”
Orang yang menyangka Yazid telah memerintahkan supaya
membunuh Sayyidina Husain dan senang hati pula dengan
pembunuhannya adalah terlalu bodoh kerana orang -
orang besar, menteri – menteri dan raja – raja yang
terbunuh di zamannya tidak diketahuinya siapakah
pembunuhnya, yang memerintahkan pembunuhan, siapa yang
senang hati dan siapa pula yang tidak senang hati,
walaupun pembunuhan itu berlaku tidak jauh daripada
tempatnya dan semasa hidupnya, bagaimana pula dia akan
mengetahui pembunuhan yang telah berlaku di satu
negeri yang jauh dan pada satu masa yang telah lama
pula ? Bagaimana dia mengetahui peristiwa yang telah
berlaku hampir 400 tahun yang lampau di suatu tempat
yang jauh ditambah pula oleh adanya perasaan ta’sub
dan cerita – cerita palsu berhubung dengan peristiwa
ini ?
Tentu sekali peristiwa ini tidak dapat diketahui
hakikatnya sama sekali dan apabila kita tidak
mengetahui hakikatnya, maka wajiblah kita menyimpan
sangka baik terhadap setiap orang Islam – Imam Al
Ghazali ( Ihya’ Ulummuddin jilid 7 m.s 488 dan Ibn
Khallikan – Wafayaatu Al A’yan jilid 3 m.s 288 – 289 )
Begitulah pendapat Imam Ghazali dan juga muridnya
Ibnul Arabi di dalam bukunya ” Al Awaasim Min Al
Qawaasim “. Dengan meletakkannya di hadapan semua
kenyataan – kenyataan sebelum ini, hendaknya tidak ada
lagi orang yang ragu tentang bersihnya Yazid daripada
tuduhan liar ini dan terungkaplah sudah rahsia
pembunuh – pembunuh sebenar Sayyidina Husain di
Karbala .
Seorang penyair Urdu berkata :
qarib he abltoroze mehsyar
chupe ga kusyton/ka khun kiunkar
agar na boli/zubane khaujar
lahu pukarelga aasetin ka
bermaksud :
hari mashyur sudahpun hampir
darah orang – orang terbunuh takkan tersembunyi lagi
kalaupun lidah khanjar tidak berkata
percikan darah di lengan – lengan baju pasti akan
menjadi saksi
Dan akhir sekali renungi firman Allah S.W.T. ini yang
bermaksud :
” Dan ingatlah ) ketika kamu membunuh seorang manusia
lalu kamu saling tuduh menuduh tentang pembunuhan itu
dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini
kamu sembunyikan “. ( Al Baqarah : 72 )