About Author: GOTABLIGH.COM

Website
http://www.gotabligh.com
Description
My kubur near my house

Posts by GOTABLIGH.COM

0

Kelebihan memiliki anak perempuan

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?

Renung-renungkan!

1

Karguzari Jemaah Terengganu & Pelajar UMT – Husnul Khatimah di Jalan Allah

Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In?amul Hasan Rahmatullah?alaih: 1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama. 2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama. 3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama. 4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

Karguzari (laporan) ini disampaikan oleh beberapa rakan seusaha yang turut bersama menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Huzaifah, 21. Huzaifah merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Jemaah 40 hari daripada Terengganu ini telah diputuskan di Masjid Jamek Bandar Sri Petaling untuk buat usaha dakwah & tabligh di Sandakan, Sabah. Jemaah seramai 10 orang terdiri 5 orang awam dan lima lagi lagi pelajar UMT, selamat tiba di lapangan terbang Sandakan pada hari Rabu malam Khamis, 28hb April 2010. Jemaah kemudian dihantar ke Masjid Pangeran Hj. Galpam, Batu 7 buat sementara waktu yang juga merupakan marhalah seorang daripada syura Sandakan, Hj. Mohd Zain.

Pada pagi hari Jumaat bersamaan 30hb April 2010, jemaah telah berangkat ke daerah Pamol, kawasan perladangan Kelapa Sawit terancang yang jauh jarak perjalanannya daripada bandar Sandakan sekitar dalam 150 km. Di daerah ini ada 13 buah kampung. Kelazimannya, jemaah 40 hari yang bergerak di Sandakan akan buat usaha sama ada di kawasan bandar, kepulauan-kepulauan sekitar, daerah-daerah kecil dan kawasan pedalaman mengikut keputusan yang telah dimesyuaratkan bersama oleh syura tempatan atas kesediaan jemaah. Memandangkan jemaah telah diputuskan ke daerah ini, kemungkinan besar juga jemaah ini akan buat usaha dakwah & tabligh di daerah berdekatan iaitu Telupid. Di daerah ini berlaku kes murtad dan beberapa rombongan jemaah daripada Semenanjung telah dihantar ke sana termasuklah jemaah daripada Batu Pahat pada akhir tahun lepas.Detik-detik kematian Allahyarham..Rakan Huzaifah, Fadhil, yang turut bersama jemaah ini telah ditanya oleh Datuk Hj. Abdul Rahman di Masjid Pangeran Hj. Galpam berkenaan kejadian yang menimpa allahyarham. Dia menceritakan pada pagi Selasa 4hb Mei 2010, Huzaifah diberi tanggungjawab untuk memberi bayan selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kemudian kesemua mereka bermesyuarat untuk mengagih-agihkan tugasan pada hari itu. Setelah mesyuarat dan beberapa waktu ketika, mereka (pelajar) seramai 5 orang pergi ke sungai berhampiran untuk mandi kerana simpanan air di surau amat terhad untuk kegunaan wudhu dan lainnya. Pada waktu awal pagi itu yang masih berembun (suasana pedalaman), mereka kesemuanya turun ke tebing sungai yang mana ketinggian paras air di tebing sungai itu sahaja pun sudah separas dada. Mereka termasuk Huzaifah cuba berenang menyeberangi sungai ke tebing bersebelahan. Setelah hampir di pertengahan, mereka memutuskan untuk kembali semula ke tebing kerana sungai itu amat dalam. Huzaifah tertinggal di belakang dan lemas tenggelam. Rakan mereka menyangkakan Huzaifah bergurau kerana kali terakhir mereka melihatnya sebelum tenggelam, dia masih kelihatan tersenyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Setelah dua minit berlalu, barulah mereka risau kerana tidak melihatnya. Pada pagi itu juga, ada beberapa pelajar sekolah menengah yang berjalan kaki berhampiran sungai untuk ke sekolah. Dengan kehendak dan kerahiman Allah SWT, pelajar-pelajar sekolah ini membantu rakan jemaah mengeluarkan Huzaifah dari dasar sungai. Dalam usaha menyelamatkannya dengan menekan pada dadanya, air berserta lumpur keluar daripada mulutnya dan tidak dapat diselamatkan lagi. انّا للہ و انّا الیہ راجعونJemaah telah pergi ke balai polis berdekatan dan melaporkan kejadian ini. Akhirnya, pegawai polis yang telah diberi tanggungjawab, menghantar jenazah ke Hospital Duchess of Kent di bandar Sandakan dengan menaiki jeep untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan daripada pihak hospital. Dua orang daripada jemaah ikut serta, seorang rakan seusaha tempatan yang nusrah jemaah ini dan seorang lagi rakan allahyarham, Fadhil. Hj. Darwis yang juga merupakan syura Sandakan dan seorang doktor di hospital tersebut, mendapat perkhabaran ini dan kemudiannya menyebarkan berita ini kepada rakan seusaha yang lain. Hari selasa malam rabu merupakan malam mesyuarat mingguan usaha dakwah & tabligh di Sandakan. Takaza ini dibentangkan dalam mesyuarat supaya pengurusan jenazah dilakukan dengan kadar segera dan dihantar ke pangkuan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor. Tugasan telah diagih-agihkankan kepada rakan seusaha yang bersedia menyambut tazaka ini, daripada hal pengurusan jenazah di bilik mayat hospital termasuklah mengkafan dan menyembahyangnya sehinggalah pengurusan kargo di lapangan terbang Sandakan.

Rabu, 5hb Mei 2010..

Selepas solat subuh berjemaah, rakan seusaha yang telah diberi tanggungjawab, pergi ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent. Semasa allahyarham dikeluarkan daripada peti sejuk mayat, beberapa rakan seusaha mengangkat jenazahnya. Seorang daripada mereka menceritakan, jenazahnya sangat ringan dan lembut tidak kaku seperti orang yang masih hidup. Wajah dan tubuhnya kelihatan berpeluh, seperti baru sahaja mandi. Tubuhnya masih dalam kemerah-kemerahan. Allahyarham dimandi dan dikafankan, kemudian disembahyangkan oleh rakan seusaha yang ramainya dalam sekitar 30 orang di tempat khas. Jenazah juga disembahyangkan oleh beberapa rakan seusaha yang lain selepas itu. Hj. Lakariba (syura Sandakan) tidak menahan esak tangis semasa menyembahyangkan jenazah. Sementara menunggu pegawai kementerian kesihatan pada pagi itu, Hj. Lakariba membuka semula kafan allahyarham dan melihat wajahnya, sekali lagi Hj. Lakariba menangis. Rakan seusaha yang lain mengatakan, wajah allahyarham tenang dan tampak keputihan seperti diletakkan cairan lilin pada permukaan wajahnya. سُبْحَانَ اللّهِ

Pada pukul 9 pagi, pegawai daripada Kementerian Kesihatan datang dan menguruskan jenazah. Pemeriksaan pada tubuh allahyarham dilakukan, keranda dipakukan pada empat penjuru, dibungkus dengan canvas dan diberi cop/seal sebagai tanda sudah diberi pengesahan. Lebih kurang sejam selepas itu, barulah jenazah dihantar ke lapangan terbang Sandakan. Fadhil rakan pelajar allahyarham yang turut keluar 40 hari bersama, menaiki kapal terbang ke KLIA menghantar jenazah allahyarham. Diberitakan oleh rakan seusaha, pengurusan jenazah teratur dan lancar/dimudahkan oleh Allah. Semasa menghantar jenazah allahyarham, tiada lampu isyarat merah melambatkan perjalanan. Allahyarham kembali ke rahmatullah pada waktu pagi, keesokan paginya juga jenazah dapat dihantar ke Semenanjung.

Sedikit karguzari daripada Faiez Yemeny di FB, group Umat akhir Zaman, beliau mengatakan bahawa Huzaifah masih menuntut di Universiti Malaysia Terengganu(UMT), dia seorang yang amat peramah, sentiasa tersenyum,?fikirman?dan karkun lama dikalangan pelajar. Walaupun sudah dua hari berlalu, darah di hidung dan mulutnya masih lagi mengalir, muka tenang dan jernih.

Sebelum Huzaifah berangkat bersama jemaah ke Pamol, dia sempat memberi sepucuk surat kepada Cikgu Juswan (rakan seusaha Masjid Pangeran Hj.Galpam) untuk dihantar kepada keluarganya di Sabak Bernam. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala Syahid kepada allahyarham, diberi ganjaran SyurgaNya tanpa Hisab, diberi kesabaran kepada ayah bondanya dan mempertemukan kita dan beliau di Syurga Firdaus bersama dengan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Amin Ya Rabbal Èalamin.

:: Lanjutan karguzari berserta gambar allahyarham Huzaifah setibanya di Masjid Sri Petaling, Insya’Allah ada di??kekoh.blogspot.com/mati-syahid

:: Entry?ulangan?bertujuan mewujudkan gambar thumbnail seperti di bawah.

Wallahu a?lam.

KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)Assalamualaikum Semua Warga BP,Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satupanggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggalkerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut?Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah?Beluran,lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia?Terengganu.Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat?mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di?bawa?balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja?solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang?tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.?Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang?mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).?Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang?terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.?Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut?telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah?masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah?mati kerana nampak seperti sedang tidur.?Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekandadanya.?Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,?selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika?menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan?pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia?berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia?yang terpilih untuk mati syahid.?Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan?sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita?mengajak?diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam?sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.?Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golonganorang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini?seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja?agama.?Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau?beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah?tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan?Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas?ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya?supaya?meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh?daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya?terasa?amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang?dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah?telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.? wassalam

0

Masjid in Russia 2

Here are photographs of some beautiful Masjid in Russia

0

Masjid In Russia

Here are photographs of some beautiful Masjid in Russia

1

DI INDIA ADA PUSAT HADIST DUNIA

Sumbangan Madrasah Darul Ulum Deoband pada Dunia Islam
Deobandi dan Sejarah Kebangkitan Islam di India-Pakistan (Sebuah Sketsa Awal)
Deobandi merupakan sebuah gerakan keagamaan yang lahir di ‘Deoband’ (Uttar Pradesh) India, bermula dari sebuah madrasah dengan nama Darul Ulum Deoband. Dengan banyaknya pengikut dan pengaruh madrasah ini maka tidak heran kalau akhirnya institusi seperti Deoband kemudian berkembang menjadi sebuah pergerakan religius yang besar dan menyebar hampir disetiap komunitas Muslim Sunni di Pakistan. Disamping para pengikut kelompok lainnya seperti Barelwi, Jama?ah Tabligh dll. Kendati demikian banyak kritik dan kecaman menentang ajaran-ajaran Deoband , tapi eksistensinya masih meluas hingga saat ini. Tidak diragukan lagi dengan kehebatan para ulama mereka, tercatat bahwa pendiri Barelwi, Tablighi Jamaat dll merupakan hasil didikan madrasah Darul Ulum Deoband.
Berikut ini sedikit ikhtisar tentang sejarah, perkembangan dan kiprahnya dalam menegakkan Shariat Islam yang berpedoman pada Quran dan Sunnah, begitu juga dengan perjuangannya untuk kemerdekaan bangsa dari kolonialisme yang saat itu berekspansi di Sub-Continent. Disamping juga pertanyaan seputar Deobandisme ‘sebuah kepercayaan atau sekte’ serta eksistensi mereka sekarang ini, sedikit banyak juga akan dibahas disini.

Dar-ul-Ulum Deoband; Batu Pertama Revivalisme Islam

Darul Ulum Deoband didirikan pada 30 Mei 1867 pada sebuah masjid kecil di kota Deoband oleh Maulwi Fadlur Rahman, Maulwi Zulkfikar Ali dan Maulwi Muhammad Mahmud. Murid pertama yang mengemban ilmu di madrasah ini adalah Syeikhul Hind Maulana Mahmud-ul-Hasan dan kemudian pada akhir tahun jumlahnya meningkat hingga 78 pelajar. Disebutkan bahwa sebenarnya cikal bakal berdirinya Daar-ul-Ulum Deoband merupakan buah pemikiran Maulana Muhammad Qasim Nanotwi (1833-1877), yang mana beliau berharap tidak adanya beban finansial bagi pelajar dan pengajarnya sehingga proses belajar mengajar dapat terlaksana dengan penuh takwa dan ikhlas karena Allah swt. Kemudian pada tahun 1880 Maulana Muhammad Qasim meninggal dan posisinya digantikan oleh Maulana Rashid Ahmed Gangohi (1829-1905).
Sekitar tahun 1867 Darul Ulum Deoband memulai belajar dari bawah pohon pada sebuah Masjid Chatta, dan ketika masjid ini tidak dapat menampung lagi jumlah pelajar yang semakin bertambah hari demi hari akhirnya dibangunlah masjid lainnya yang kemudian berpindah pada tahun 1874. Perkembangan pesat terjadi pada jumlah pelajar yang terus berdatangan di madrasah ini sehingga ia harus mulai mengepakkan sayapnya dengan pembangunan-pembangunan gedung dan penambahan fasilitas belajar seperti gedung fakultas Hadist yang telah diseleseikan pada tahun 1931 dan gedung fakultas Tafsir. Pada tahun 1940, Raja Zahir Shah Afghanistan telah membangun Gerbang madrasah yang kemudian diberi nama ‘Baab-uz-Zahir’.
Darul Ulum juga dikenal dengan sebutan Qasim-ul-Ulum yang diambil dari nama Maulana Muhammad Qasim Nanotwi sebagai pendirinya dan institusi ini merupakan institusi religius dengan sistem pendidikan yang bagus. Perlu diingat bahwa Deobandi adalah pengikut madzhab fiqh Abu Hanifa, sedangkan untuk aqidah mereka mengikuti Abu Mansur Maturidi. Sekitar seribu pelajar lebih mengemban pendidikan di madrasah ini sedangkan yang empat ratus nya mendapatkan fasilitas asrama. Pelajar yang berdatangan kesini bukan hanya berasal dari India tapi juga dari berbagai negara muslim lainnya seperti Afghanistan, Afrika Selatan dan Inggris. Jamiah Millia Nawakhali dan Madrasah Qasim-ul-Ulum Muradabad juga termasuk cabang dari institusi ini.
Ada beberapa ajaran yang dipegang kuat oleh Deobandi dan dianggap sebagai elemen dasar mereka, yaitu: (i) Tauhid, konsep yang mereka fahami sebagai Abrahamic monotheism bahwa tidak ada sesuatupun yang dapat menyerupai sifat-sifat Nya. (ii) Mengikuti Sunnah, yaitu menerapkan dan mengamalkan ajaran Rasulullah Sallalluhu Alaihi Wassalam. (iii) Mencintai para Sahabat Rasulullah Sallalluhu Alaihi Wassalam dengan mengikuti tindak-tanduk mereka. (iv) Taqlid wal Ittiba’, memberikan preferensi kepada salah satu yurisprudensi Islam yang terdahulu. (v) Jihad fi Sabilillah, mengerjakan jihad yaitu berjuang di jalan Allah Swt.
Sedangkan metode pengajaran yang digunakan dalam madrasah ini yaitu mengikuti sylabus belajar-mengajar pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam hingga abad ke-10 Hijriyah; yang menitikberatkan pada sistem belajar tradisional dalam Islam yaitu menghubungkan nalar rasionil dan ilmu tradisional (traditional science). Adapun buku-buku pokok yang diajarkan pada setiap kurikulumnya sekitar 11 buku hadist dan beberapa buku tambahan untuk materi-materi lainnya, sedangkan kurikulum lengkapnya mencapai 81 buku yang akan dipelajari. Dibawah kuasa Maulana Rashid Ahmad Gangohi institusi ini meniadakan mata pelajaran seperti ilmu logika dan filsafat seperti yang dilakukan oleh Shah Wali Allah pada Rahimiyah yaitu dengan menekankan belajar al-Qur’an, Hadist dan Fiqh.
Rizvi memaparkan tiga metode yang mereka terapkan pada institusi ini: (i) primer (yaitu memahami kandungan isi buku), (ii) tingkat menengah (mengerti isi buku dan topik disamping juga naskah buku), (iii) tingkat tinggi (lebih menekankan pada diskusi dan pemahaman yang mendalam).
Bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Urdu, maka setiap pelajar harus mengerti dan bisa menggunakan bahasa tersebut baik dari dalam negri maupun luar negri. Dan disebutkan bahwa Deoband merupakan institusi pendidikan pertama kali di India yang tidak menarik biaya kepada pelajarnya selama lebih dari se-abad. Pada akhir abad ke-19 banyak madrasah-madrasah yang dikenal dengan Deoband dari Peshawar hingga Madras, dan mereka terdaftar mencapai 8934 madrasah, primer maupun tingkat lanjut, sampai sekarang-pun masih terus menyebar dengan satu karakteristiknya yaitu merupakan divisi utama bagi ulama sub-continent.

Senin, 10 May 2010 10:55
E-mail Cetak PDF

Memang harus diakui, keselamatan umat Islam ini tergantung dari pengorbanan ulama umat, seperti apa yang bisa dilihat di India. Kemerdekaan India dari Inggris adalah berkah perjuangan dan pengorbanannya ulama-ulama India pada saat penjajahan Inggris yang selalu menyuarakan jihad kepada rakyat India yang Muslim. Dan pusat lahirnya ulama-ulama India adalah dari Darululum Deoband.

Darululum Deoband adalah madrasah yang tertua diseluruh negeri India bahkan boleh dikatakan salah satu dari madrasah yang tertua di seluruh dunia. Darululum Deoband didirikan tahun 1866, Deoband adalah nama kampung yang terletak di Provinsi Uttar Pradesh.

Pada penjajahan Inggris di India keadaan umat Islam pada saat itu sangat rusak. Inggris berhasil memecahbelahkan kesatuan umat Islam India dan berhasil menjahui umat Islam dari kehidupan Islam seperti mana Belanda berhasil merusak kesatuan umat Islam di Indonesia ketika zaman penjajahan dulu.

Kerusakan umat Islam di India inilah yang membuat timbulnya kerisauan seorang ulama India bernama Almarhum Syaikh Maulana Muhammad Qosim untuk menyelamatkan umat Islam dari kerusakan. Suatu malam, Syaikh Maulana Muhammad Qosim Nanutwi bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Dalam mimpinya, ia diperintahkan oleh Rasulullah untuk memulai madrasah. Akhirnya Maulana Muhammad Qosim dengan santri pertamanya Maulana Mahmudul hasan memulai madrasah di bawah sebuah pohon yang rindang di tengah-tengah kampung Deoband. Karena keikhlasnya dan pengorbanan Maulana Muhammad Qosim, Allah Allah SWT menolong ulama ini kembali menghidupkan cahaya Islam di India yang telah redup. Sampai sekarang Darul Ulum Deoband telah berhasil mencetak 15.000 ulama termasuk Syaikh Ustad Nik Aziz, ketua partai PAS, Malaysia.

[Suasana Madrasah Deoband]

Suasana Madrasah Deoband
Dan ulama-ulama alumi Darul Ulum Deoband telah menyebar di seluruh dunia dan membuka madrasah-madrasah di seluruh dunia. Semua madrasah-madrasah di Pakistan, Bangladesh, Burma, Afghanistan, Srilanka, Afrika selatan, Inggris, Thailand, Malaysia merupakan hasil dan dampak baik secara langsung atau tak langsung dari Darul Ulul Deoban. Bahkan terbentuknya negara Pakistan juga salah satu hasil dari pengorbanan ulama-ulama Deoband.

Madrasah Darul Ulum Deoband menjadi pusat mahzab Hanafi dan terkenal dengan ilmu hadistnya sehingga kelas yang tertinggi di madrasah Deoband adalah kelas hadist yaitu kelas yang hanya mempelajari kitab kitab hadist. Dan banyak muhadisin (ulama pakar hadis) yang telah lulus dari Deoband, seperti Almarhum Syaikh Maulana Anwar Shah Kasymiri beliau seorang ulama yang mengajar kitab Bukhori di madrasah Deoband dan beliau hafal semua hadist-hadist yang ada dalam kitab Bukhari.

Kelebihan lain dari Darul Ulum Deoband adalah turut melahirkan para pengarang kitab agama yang terkenal diseluruh India, seperti Almarhum Syaikh Maulana Asyrof Ali Natutwi, beliau berhasil mengarang hampir 1000 kitab dalam bahasa Arab maupun Urdu.

Darul Ulum Deoband juga berhasil mencetak dai dan para mubaligh yang sudah tersebar seluruh India, bahkan dunia, seperti Almarhum Syaikh Maulana Ilyas pemimpin dan pencetus pertama Jamaah Tabligh. Syaikh Maulana Ilyas adalah salah satu alumni madrasah Deoband yang risau dengan keadaan umat Islam dan memulai langkapnya di dalam dakwah dan tabligh. Sampai kini, gerakan Jamaah Tabligh mengirimkan dai ke seluruh India, Pakistan, bahkan ke berbagai penjuru dunia. (Harnes Yudha)
http://www.sabili.co.id/aspirasi-anda/sumbangan-madrasah-darul-ulum-deoband-pada-dunia-islam

 

0

Boonaa Mohammed – Signs

Let me take a moment to show some kindness,
To the folks who blindness was a disease that effected the eyes alone,
I promise I won’t judge you, I barely know how to love you
And like fools we preach rules, but we don’t even follow our own. Read the rest of this entry »

10

Karguzari Jemaah ke Papua, Indonesia Labels: karguzari

Beberapa karguzari usaha dakwah di Papua, dikongsi bersama daripada rakan-rakan fb. Gambar menunjukkan Derry Sulaiman menatap hiba mayat yang diawetkan dari salah satu suku di Wamena ketika beliau khuruj fisabilillah di sana, sekitar 3 bulan yang lalu. Sekilas tentang populasi penduduk, agama, bahasa dan info Papua lainnya boleh rujuk di wikipedia.


Berikut ini mungkin rakaman video dari CD yang dimaksudkan, berdasarkan kepada karguzari dan penerangan ringkas video ini di youtube…


Read the rest of this entry »

5

KARGOUZARI: ?(Syekh) Taher?

Di Kerinci terkenal para ahli Ibadah yang mengamalkan Thariqat. Banyak sekali macam-macam Thariqat mereka, ada naqsabandiyyah, Shatariyyah, pokoknya banyak, ane lupa satu persatu. Bahkan masih banyak pula dukun-dukun yang berpraktek menjadi Imam masjid (dijadikan tokoh agama) di kampung-kampung. Read the rest of this entry »

1

Khidmat Asbab Hidayat

KARGOUZARI: ?seperti cahaya yang berjalan di atas permadani yang sangat indah? Kargouzari ini bukanlah bertujuan untuk menceritakan amal-amal yang pernah dilakukan, melainkan sekedar berbagi ?pengalaman sederhana? agar meningkatkan ghirah kita dalam perkara dakwah. Amin. Suatu ketika rombongan jemaah keluar di daerah hulu sungai. K…ampung itu bernama Sungai Jeruang. Sungai di kampung itu adalah sungai yang masih jernih dan dijadikan sumber air bagi PDAM untuk dikirimkan ke rumah-rumah warga di Kota Sungai Penuh dan sekitarnya. Namun pada waktu itu Kerinci tengah kekeringan, hampir 6 bulan Read the rest of this entry »
4

Suhbat Bersama Maulana In’amul Hassan Kandahlawi rah.

Sewaktu kuliah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki pada Ramadhon yang lalu, beliau ada menyentuh mengenai kemulian Maulana In?amul Hassan rah (Amir ketiga Jemaah Tabligh). Antaranya beliau berkata bahawa Maulana In?amul Hassan ini adalah termasuk seorang yang sentiasa berzikir sehingga zikir harian beliau mencecah 70,000 sehari semalam. Juga kata beliau bahawa sewaktu beliau dilantik menjadi syura (kata Syeikh yang bermaksud Amir /Hadrat ji Jemaah Tabligh) orang yang memutuskan siapakah yang akan menjadi amir ketika itu ( Maulana Zakaria rah) memerintahkan setiap orang yang ada di dalam majlis berkenaan keluar melainkan dia yang pernah melihat malaikat. Akhirnya semua keluar yang tinggal hanyalah Maulana In?anamul Hassan rah. Beliau menangis terisak-isak kerana rahsia beliau selama ini telah terbocor. Kisah ini beliau mendengar dari Syeikh Abdul Wahab, Amir Pakistan. (Mungkin ketika beliau hadir di Ijtimak Indonesia baru-baru ini)

Read the rest of this entry »