Berkongsi pandangan

Author: GOTABLIGH.COM  //  Category: From eMail

>>>

Dari “seorang hamba”

Assalamualaikum,

Saya selalu diajak oleh rakan serumah saya keluar tiga hari, katanya saya akan menemui permata untuk mengenal agama. Tapi saya pelik, walaupun saya kagum dengan kesungguhan kawan saya solat 5 waktu secara berjemaah tapi sebelum solat masih lagi menghisap ganja dan tidak berasa bersalah pergi ke masjid. Seolah-olah tabligh dijadikan alasan untuk ‘menghalalkan’ ganja.”Aku jaga sembahyang 5 waktu, lama-lama buruk mana pun kita,Allah akan ubah kita”.Saya pelik permata mana yang ditemui oleh kawan saya itu. Keluar untuk merapatkan dan menziarah saudara semuslim lain di luar kawasan, tetapi 40 jiran di depan,belakang,kiri dan kanan rumah kenal pun tidak.

Bila saya dengar cerita-cerita dakwah dia, saya jadi menyampah.Tuan kalau di tempat saya pun mungkin akan berasa begitu juga. Sambil belajar mengaji,boleh tarik ganja. Entahla Syeikh..permata apa pun saya tak tahu. Pendapat saya, baik kita dakwah diri kita dulu sebelum beria2 berdakwah untuk org lain. Ini akan menyebabkan orang akan jauh untuk mendekati usaha tabligh. Amar maaruf nahi mungkar juga adalah satu bentuk dakwah. Apa pendapat Syeikh?

19 Responses to “Berkongsi pandangan”

  1. busseat Says:

    o

  2. Hamba Allah Says:

    Salam,

    Inilah kelebihan jamaah tabligh wahai saudara kerana ia tidak memilih ahli tetapi mengajak kepada semua manusia.

    Tidaklah jamaah tabligh pernah mengajak kepada menghisap ganja. Kita patut bersyukur wahai saudara kerana meskipun dia menghisap ganja, tetapi dia masih solat lima waktu. Ini lebih baik daripada mereka yg tidak solat lima waktu dan tidak menghisap ganja.

    Menghisap ganja adalah salah satu dosa daripada byk dosa. Ia bukannya satu-satunya jenis dosa. Saudara-saudara pun masih melakukan dosa samada sedar atau tidak sedar, dan dgn sebab itu, tidaklah boleh kita meletakkan diri kita ini lebih mulia.

    jamaah tabligh mengajar kita untuk berdakwah sambil membersihkan diri. InsyaAllah lama-lama si penghisap ganja ini akan tinggalkan ganja. Allah menyuruh kita berubah tetapi Allah tidak menyuruh kita berubah secara drastik bahkan sedikit demi sedikit dan istiqamah.

    Akhir sekali, jamaah tabligh adalah sebuah daripada pelbagai jamaah-jamaah islam yang menginginkan keredhaan Allah. Jgnlah kita hakimi ia hanya dengan melihat kepada ahli-ahlinya. Lihatlah apa yang dibawanya.

    Wallahu ‘alam.

  3. abdullah Says:

    innalillahi wa inna ilaihi roji’un

  4. GOTABLIGH.COM Says:

    Hamba setuju dengan Hamba Allah Says:

  5. mutakalim Says:

    salam………
    die buat dakwah sbb die tau die jht kalo org yg rse die baik die xnk buat dkwah tu yg lg bhya nauzubillah saudara kene kluar dulu bru la tau kalo x smpai ble2 xtau n asik ckp yg bruk jerk…..

  6. mior rahman Says:

    Assalam…sekadar pandangan.

    ada orang berkata apa guna sembahyang,kalau masih buat maksiat. samalah apa guna sembahyang jika hisap ganja. kalau andaian ini dipakai, boleh orang kata buat apa sembahyang, puasa, haji jika mengumpat orang atau apa guna sembahyang jika tak menutup aurat di luar sembahyang.

    Ini pandangan saya – solat adalah diwajibkan atau ditaklifkan kepada orang Islam. Allah menilai baik atau buruk amalan orang Islam. Untuk solat dijanjikan balasan baik begitu juga untuk hisap ganja diberikan balasan buruk.Dalam kes solat & ganja,pelaku solat telah terlepas daripada kefarduan tersebut tapi mungkin pahala kurang, sama seperti Allah tak terima amalan (pahala) bagi pemabuk yang mengerjakan solat selama 40 hari tapi orang itu kena solat sebab ia fardu.Untuk solat, dia tidak akan disiksa tapi bagi menghisap ganja dia akan disiksa (jika tak bertaubat).Jika dia tak solat dan menghisap ganja, dia akan disiksa lagi lama daripada orang yang solat dan menghisap ganja.Orang yang solat & hisap ganja akan doa hidayah dan keampunan tapi orang yang tak solat & hisap ganja mungkin tak doa apa-apa.

    Pandangan saya kenapa pencuri tak boleh solat?kenapa penzina tak boleh solat?dll contoh lagi. Seingat saya pada zaman Rasulullah(permulaan Islam), ada seorang sahabat suka mencium wanita bukan muhrim dan disampaikan laporan tersebut dan Rasullulah bertanya adakah sahabat itu solat,sahabat beritahu dia solat dan Rasullullah kata Insya Allah dia kan baik (berubah). Kita solat hari-hari tapi kita masih buat maksiat besar dan kecil tapi di akhir solat, kita minta keampunan. Bukan mudah nak berhenti hisap ganja (sama seperti tak tutup aurat,mengumpat,ujub dll)Insya Allah, dengan sempurna solat seperti solat rasullulah, Allah akan bagi hidayah untuk berubah. Kepada dai Allah, teruskan tugas dan usaha,Allah janji akan bantu dan bagi hidayah.

  7. suhaidi Says:

    solat tiang agama…sape yg drikn solat,maka mendirikan agama.sape yg xsolat,maka meruntuhkan agama

  8. revolver Says:

    Saudara Badrul,

    Soalan bagus. Saya dulu kaki botol. Kawan ajak keluar tiga hari, saya masih hangover. Boleh ka? Kawan cakap, itu Allah punya hal, amanah mesti buat. Malulah, semua orang kenal. Jadi keluar tempat lain, senang sikit, takda orang kenal.

    Saya banyak buat jahat, boleh ka bawak orang lain
    buat baik? Diri sendiri pun belum tentu baik. Tapi kawan bagi satu hadith, lebih kurang sama jugak soalan saya ketika zaman sahabat dulu. Sekarang saya paham, kita bukan Nabi atau malaikat. Yang beri hidayah Allah, bukan kita. Jadi nak tunggu kita bersih macam Nabi atau malaikat baru nak bawak kebaikan, sampai kiamat takda orang layak. Tapi, mana ada lagi Nabi lain yang akan datang.

    Pasal buat ziarah tempat lain, sirah Nabi jadi contoh. Nabi tak tunggu orang sekeliling dapat hidayah. Nabi sendiri pun terpaksa hijrah.

    Jangan tengok keburukan yang ada pada kawan, tengoklah kebaikan yang ada padanya. Imam masjid di Madinah pun, kalau nak cari keburukannya pasti ada. Dalam hati kita busuk, maka kita lihat semua buruk… Doa supaya kawan boleh tinggal apa2 yang kita rasa buruk, kalau dia tak layak, Allah akan balikkan kebaikan untuk kita. Sebab itu kena fikir dan doa untuk kebaikan untuk semua. Allah maha mengetahui.

  9. wak jali Says:

    salam. anta kuar 3h, 40h, 4bulan dan doa agar Allah bagi kefahaman, InsyaAllah Allah akan bagi faham, dengan syarat niat kena betul iaitu nak cari kebenaran, jangan sekali-kali lihat keburukan orang…

  10. pesandansampai.tk Says:

    setuju dgn Hamba Allah

  11. sif Says:

    tuan2 yg mulia…..kalau semua nabi2 berkumpul untuk bagi hidayat walau pada seorang manusia nescaya..tidak dapat mereka berikan walaupun mereka diutuskan sebagai asbab hidyat

    kerana apa tuan2 yang mulia?hidayat dan taufiq berada di tangan allah taala..

    satu cerita,nabi muhammad pernah di minta untuk menceritakan tentang dzulqarnain..nabi kate besok saya cerita..selepas beberapa hari wahyu tak turun..dan allah mulakan dengan perintah untuk menyebut insya allah..pengajaran cerita ini maulana beritahu..nabi sendiri tak dapat sampaikan dakwah tanpa bantuan allah..apalagi kita yang diputuskan bayan..kene nafikan semua itu datang dari kita..untuk saya yang lemah ini

  12. anjing ashabul kafi Says:

    KEJE NABI SAW, HARI INI DIKENALI SEBAGAI TABLIGH.
    IA MACAM KAIN PUTIH, 1 TITIK HITAM PASTI DAPAT DILIHATNYA. NABI SAW DALAM URUSAN DUNIA BELIAU DI ANGKAT JADI AMIR (YG TERBAIK)
    BILA SERU MANUSIA KEPADA ALLAH, NAJIS DAN KEJIAN DITERIMA OLEH BAGINDA.
    KALAU LAH KITA SEMUA ADA PADA MASA TU, PASTI SAYA DAN TUAN2 AKAN AJAR @ PANCUNG AJE PENGKIANATNYA..
    HARI INI KITA LAUNGKAN CINTA PADA NABI.KITA UMAT NABI, KITA HEBAT, ORANG LAIN CELA.

    TAPI…HARI INI CUBA KITA BELIK HATI KITA SEJAUH MANA KITA CINTA NABI DAN SANGGUP KORBAN UTK NYA..

    AMBIL CONTOH MUDAH…PAKAIAN KITA IKUT NABI ATAU YAHUDI…????? HEHEHEH.. BARU 1 PERKARA SEMUA DAH TERNGA-NGA…NAK KORBAN KONON..ALLAH PILIH KITA SOLAT KAT MASJID PUN PATUT JUTA2 SYUKUR. APATAH KELUAR 3H,40H,4B…TRILLLION2 SYUKUR TAU…

    KITA NAMPAK ORG TABLIGH HISAP GANJA…ANAK2 ORANG ISLAM RUNTUH AGAMA (TINGGAL SOLAT 5W) KITA JADI MCM ABU JAHAL..SENYUM AJE..BANGGA DENGAN KELULUSAN U, PANGKAT BESAR, DUIT BANYAK, TAK SOLAT TAK APE..NAK KATA?? EEE..JANGAN..NANTI SUSAH NAK MINTA TOLONG…SYIRIKKKKKK…

    BILA AJAK KELUAR…DUNIA LAH, KELUARGA LAH, OFFICE LAH, LADANG LAH, STUDY LAH, NENEK NAK KAWIN TIME TU JUGAK…BILA BERCAKAP BAB ILMU AGAMA..AKU LAH MUFTI NYA..TANYA PAKAIAN NABI MCM MANA? TERUS ANAK MATA HITAM TENGOK LANGIT..NAK CARI ILHAM KONON…MACAM AZAZIL..

    YANG DAH KORBAN 4BLN KEATAS..TERUS KASYAF. NAMPAK BURUK KARKUN, SYURA TAK BETUL, ALDEST BUKAN ORG ALIM, DLL..

    PADA HAL DIA YANG NAK JADI SYURA…SIAP TEPOK DASHBOARD KERETA KERANA TAK TERPILIH JADI SYURA..
    DENGAN BERKATA ” Ana yang patut jadi syura ” celaka ia..

    WALAU APA PUN, SAYA TAK LAYAK MASUK SYURGA ALLAH DAN TAK MAMPU MENAGGUNG AZAB ALLAH, CUMA MENGHARAP RAHMAT DARINYA..TUAN SEMUA BAIK KECUALI SAYA…

    SALAM SAYANG BUAT SEMUA UMAT NABI SAW

  13. sun Says:

    KAHWIN BAWAH UMUR: APA MASALAHNYA?

    [SN212] Dalam kekecohan isu politikus melompat parti yang masih hangat diperkatakan, negara digegarkan pula dengan kisah seorang lelaki tabligh yang mengahwinkan anak perempuannya dan mengahwini pula anak perempuan kawannya yang masing-masing masih lagi kanak-kanak. Shamsuddin Che Derahman, 41, atau lebih dikenali sebagai Shamsudin Ajaib dikatakan mengahwinkan anak perempuannya yang berumur 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar, sambil memandu kereta di dalam satu perjalanan dari Jelawang, Dabong ke Kota Bharu untuk berdakwah pada 19 Februari lepas. Keesokannya, Shamsudin yang dikatakan berjaya mempengaruhi rakannya yang juga dari jemaah tabligh, Hussin Mat Salleh, 54, mengahwini pula anak kawannya itu (Hussin), Siti Nur Zubaidah, 11, dan perkahwinan tersebut berlangsung dengan cara yang begitu mudah di sebuah madrasah di Machang, Kelantan [UM 12/03/10]. Kata Hussin, semasa pernikahan itu berlangsung Siti Nur Zubaidah tiada bersama. Sejurus setelah ‘perkahwinan’, Shamsuddin Ajaib terus menghilangkan diri bersama ‘isteri baru’nya dan laporan polis telah dibuat oleh ibu Siti Nur Zubaidah tentang kejadian tersebut.

    Kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya ditemui semula pada 13 Mac lalu di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera, Kepong di dalam keadaan lemah. Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan [UM 14/03/10]. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Datuk Azamli Jamaluddin berkata, kes tersebut disiasat di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 dan menjelaskan bahawa di bawah enakmen itu, katanya, mereka yang tidak mendapat kebenaran hanya boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya [UM 15/03/10].

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketika mengulas isu ini menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur [UM 14/03/10]. Kita sendiri tidak jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Jamil Khir sebagai ‘amalan sunah yang tidak jelas’. Ini kerana, menurut peruntukan enakmen Kelantan itu sendiri pun, perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bukanlah perkara yang tidak diperbolehkan, cuma perlu izin mahkamah terlebih dahulu. Ini bermakna, jika mahkamah mengizinkan, maka pernikahan itu boleh dilakukan. Walaupun Enakmen ini tidak mengaitkan bolehnya berkahwin ini sebagai suatu yang Sunnah atau tidak, namun yang pastinya enakmen ini membolehkannya. Justeru, kesalahan yang berlaku dalam kes Shamsuddin ini (jika ada), menurut enakmen ini adalah kesalahan ‘kahwin tanpa izin mahkamah’, bukannya kesalahan ‘kahwin dengan kanak-kanak’. Ini amat jelas dan tidak ada yang tidak jelas darinya. Namun apa yang lebih mengejutkan kita semua dalam kes ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamil Khir di dalam Utusan Malaysia pada 15/03/10 di halaman 2, di mana ‘menteri agama’ ini mengatakan, “Kita mudah sangat letakkan agama dan sunah Rasulullah di depan sedangkan kita sudah tahu semua negeri ada enakmen bahawa yang nak berkahwin mesti berusia 16 tahun ke atas dan kalau ke bawah mesti dapat kebenaran mahkamah syariah dulu”!!! Masya Allah! Apakah beliau mahukan agar umat Islam meletakkan agama dan Sunnah Rasulullah di belakang, dan meletakkan enakmen sekular buatan manusia yang bertentangan dengan hukum Allah itu di depan??? Kata-kata apakah ini??? Astaghfirullahal Azhim!

    Hukum Kahwin Bawah Umur

    Sebelum mengulas lanjut, sukalah kami mengingatkan bahawa istilah ‘bawah umur’ yang kami maksudkan adalah ‘di bawah umur baligh’ dan bukannya ‘di bawah umur 16 tahun’ sebagaimana yang terdapat di dalam Enakmen Kelantan. Adapun secara syar’inya, hukum mengahwini atau mengahwinkan seorang perempuan yang belum baligh (belum haid) adalah mubah (boleh/harus) dan sah sekiranya memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Dalil bolehnya perkahwinan seperti ini adalah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dalil Al-Qur’an adalah firman Allah SWT,

    “Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu, jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu (juga) perempuan-perempuan yang belum haid. Dan bagi perempuan-perempuan yang hamil, iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya” [TMQ at-Thalaq (65):04].

    Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “lam yahidhna” (perempuan-perempuan yang tidak haid) adalah “as-shighar al-la’iy lam yablughna sinna al-haidh” (anak-anak perempuan kecil yang belum mencapai usia haid). Ini sesuai dengan asbabun nuzul ayat tersebut (yakni) di mana sebahagian sahabat bertanya kepada Nabi SAW mengenai masa iddah untuk tiga kelompok perempuan iaitu,

    (i) perempuan yang sudah menopause (kibaar)
    (ii) perempuan yang masih kecil (sighar) dan
    (iii) perempuan yang hamil (uulatul ahmaal).

    Jadi, ayat di atas secara manthuq (makna eksplisit)nya menunjukkan masa iddah bagi anak perempuan kecil yang belum haid (dalam kes cerai hidup) iaitu selama tiga bulan.

    Imam Suyuthi dalam kitabnya Al-Iklil fi Istinbath At-Tanzil hal. 212 menyebut Ibnul Arabi, yang mengatakan, “Diambil pengertian dari ayat itu, bahawa seorang [wali] boleh menikahkan anak-anak perempuannya yang masih kecil, sebab iddah adalah cabang daripada nikah”. Dengan itu, secara tidak langsung, ayat di atas menunjukkan bolehnya menikahi anak perempuan yang masih kecil yang belum haid. Penunjukan makna (dalalah) yang demikian ini dalam usul fiqh disebut dengan istilah dalalah iqtidha’, iaitu pengambilan makna yang mahu tak mahu mesti ada atau merupakan ketentuan (iqtidha’) dari makna manthuq (eksplisit), agar makna manthuq tadi bernilai benar, baik benar secara syar’i (dalam tinjauan hukum) mahupun secara aqli (dalam tinjauan akal). Oleh itu, ketika Allah SWT mengatur (menetapkan hukum) masa iddah untuk anak perempuan yang belum haid, bererti secara tidak langsung Allah SWT telah membolehkan hamba-hambanya menikahi anak perempuan yang belum haid, meskipun kebolehan ini memang tidak disebut secara manthuq (eksplisit) dalam lafaznya.

    Berhubung ayat ini juga, menikahi atau menikahkan perempuan di bawah umur baik sebelum haid atau sebelum usianya 15 tahun, dalam pandangan Islam adalah sah. Dalam hal ini, tidak ada ikhtilaf di kalangan ulama’. Demikianlah penjelasan Ibn Mundzir, sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qudamah. Dalam penjelasannya, Ibn Mundzir menyatakan, “Semua ahli ilmu, yang pandangannya kami hafal, telah sepakat bahawa seorang ayah yang menikahkan anak gadisnya yang masih kecil hukumnya mubah (sah).” Allah telah menetapkan perempuan dengan predikat “wa al-la’i lam yahidhna” (yang belum haid) dengan iddah selama 3 bulan, sementara iddah 3 bulan tersebut hanya berlaku bagi perempuan yang ditalak atau difasakh, maka ayat ini menjadi dalalah iltizam, bahawa perempuan yang disebutkan tadi sebelumnya telah dinikahi, kemudian ditalak atau difasakh [Ibn Qudamah, al-Mughni, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah, Jordan, Juz II, hal. 1600-1601].

    Adapun dalil As-Sunnah, adalah hadis dari Aisyah ra,

    “Bahawa Nabi SAW telah menikahi Aisyah sedang Aisyah berumur 6 tahun, dan berumah tangga dengannya pada saat Aisyah berumur 9 tahun, dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun” [HR Bukhari].

    Dalam riwayat lain disebutkan,

    “Nabi SAW menikahi Aisyah ra ketika Aisyah berumur 7 tahun dan Nabi SAW berumah tangga dengan Aisyah ketika Aisyah umurnya 9 tahun” [HR Muslim].

    Imam Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar (9/480) menyimpulkan dari hadis di atas, bahawa boleh (ja’iz) hukumnya seorang ayah menikahkan anak perempuannya yang belum baligh (yajuuzu lil abb an yuzawwija ibnatahu qabla al-buluugh).

    Ibn Hazm, menyebut pendapat Abu Muhammad, bahawa hujah yang digunakan untuk mengesahkan tindakan orang tua menikahkan anak perempuannya di bawah umur adalah tindakan Abu Bakar ra yang menikahkan Aisyah ra dengan Nabi SAW ketika Aisyah berusia enam tahun. Ini merupakan riwayat yang masyhur sehingga tidak perlu dikemukakan lagi isnadnya. Namun, Ibn Hazm juga mengutip pendapat Ibn Syubramah, yang menyatakan bahawa tidak boleh menikahkan anak di bawah umur sampai akil baligh, dan menegaskan bahawa pernikahan Nabi SAW dengan Aisyah ra itu merupakan kekhususan bagi Nabi, tidak untuk yang lain [Ibn Hazm, al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi al-Hujaj wa al-Atsar, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah]. Pendapat ini sebenarnya telah digugurkan dengan sejumlah fakta pernikahan para sahabat dengan perempuan di bawah umur, seperti yang dilakukan oleh Umar bin al-Khatthab ketika menikahi Ummu Kaltsum, puteri Ali bin Abi Thalib dan Qudamah bin Math’ghun yang menikahi puteri Zubair [Ibn Qudamah, al-Mughni, Bait al-Afkar ad-Duwaliyyah].

    Berdasarkan dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa adalah mubah hukumnya seorang lelaki menikah dengan perempuan kecil yang masih belum haid. Hukum nikahnya sah dan tidak haram. Namun, perlu diingat bahawa syarak hanya menjadikan hukumnya sebatas mubah (boleh), tidak menjadikannya sebagai sesuatu anjuran atau keutamaan (sunnah/mandub), apalagi suatu kewajipan (fardhu). Sah atau tidak nikah ini pula bergantung kepada beberapa syarat.

    Syarat Untuk Sah Nikah

    Di dalam Islam, jika seorang perempuan dilamar maka hanya dirinyalah yang berhak untuk menerima atau menolak lamaran atau pernikahan tersebut. Tidak seorang pun dari wali-walinya ataupun selain mereka, yang berhak menikahkan wanita itu tanpa izinnya, sebagaimana tidak berhak walinya atau siapa pun untuk menghalangnya dari berkahwin. Telah diriwayatkan dari Ibn Abbas, ia menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

    “Seorang janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang gadis mesti diminta izin darinya dan izinnya adalah diamnya.” [HR Muslim].

    Dari Abu Hurairah, ia menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

    “Seorang janda tidak boleh dinikahkan hingga diminta perkenannya. Dan seorang gadis tidak boleh dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana izinnya?’ Baginda menjawab, ‘(apabila) ia diam” [HR Muttafaq alaihi].

    Ibn Abbas juga menuturkan, “Seorang gadis pernah datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia menceritakan bahawa ayahnya telah menikahkannya padahal ia tidak suka. Maka Nabi SAW memberikan pilihan kepadanya (boleh meneruskan perkahwinannya atau bercerai dari suaminya)” [HR Abu Daud].

    Dan dari Khansa binti Khidzam al-Ansariyah,

    “Bahawa ayahnya telah menikahkan dirinya, padahal ia adalah seorang janda, dan ia tidak suka akan perkahwinan itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah SAW, maka baginda membatalkan perkahwinannya itu” [HR Bukhari].

    Kesemua hadis di atas menunjukkan dengan jelas bahawa seorang perempuan, jika ia tidak memberikan izin untuk dinikahkan, maka pernikahannya tidak sempurna. Dan jika ia menolak pernikahannya itu atau dinikahkan secara paksa, maka pernikahannya itu difasakh (rosak), kecuali jika ia bertukar fikiran atau ridha dengan perkahwinan tersebut. Semua hal di atas hendaklah dipenuhi sebelum terjadinya akad nikah. Adapun dari segi akad perkahwinan itu sendiri, ia mestilah memenuhi empat syarat in’iqad (kami hanya akan memberi syarahan kepada syarat yang kedua sahaja yang relevan dengan kes kita):-

    Pertama: Ijab-qabul (tawaran-penerimaan; offer-acceptance) yang dilangsungkan dalam satu majlis.

    Kedua: Kedua belah pihak yang berakad mesti ‘mendengar’ perkataan satu sama lain sekaligus ‘memahami’nya, sehingga masing-masing mengetahui bahawa pihak yang satu lagi itu (melalui ungkapannya) menghendaki akad perkahwinan diwujudkan. Jika masing-masing tidak mengetahuinya, baik kerana tidak mendengar atau kerana tidak memahaminya, maka akad perkahwinan itu dinilai tidak wujud (tidak ada akadnya). Contohnya, jika seorang lelaki mengucapkan kepada seorang wanita dalam bahasa Perancis, bahawa dia menikahkan wanita tersebut dengan dirinya, sementara si wanita tidak memahaminya namun wanita itu mengucapkan apa yang dikatakan kepadanya itu tanpa ia fahami, dan lelaki itu pun menerima (mengucapkan qabul)nya, padahal wanita itu tidak faham bahawa tujuan dari apa yang dia ucapkan adalah berupa akad perkahwinan, maka akad itu tidak wujud (tidak sah). Sedangkan jika wanita yang berkenaan mengetahui bahawa maksud dari apa yang dia ucapkan adalah akad perkahwinan, maka akad nikah itu sah.

    Mengenai syarat bahawa salah satu dari kedua belah pihak yang berakad dikehendaki ‘mendengar’ ucapan pihak lainnya, dan mesti memahami yakni mengetahui bahawa dengan ungkapannya, pihak lain itu menginginkan akad perkahwinan, hal ini (syarat ini)lah yang menjadi qabul sebagai jawaban terhadap ijab. Dan oleh kerana ijab itu sendiri merupakan seruan dari salah satu pihak yang berakad agar diterima oleh pihak lainnya, maka jika pihak kedua tidak mengetahui (memahami) maksud ijab itu, tidak akan terealisasi seruan kepadanya dan juga tidak terealisasi qabul di atas seruan tersebut. Jika seseorang itu tidak mendengar dan tidak memahami sesuatu ungkapan, maka secara faktanya, tidak wujud ijab dan tidak wujud qabul.

    Ketiga: Ucapan qabul tidak boleh menyalahi ucapan ijab, baik secara keseluruhan ataupun sebahagian.

    Keempat: Bahawa syariah benar-benar memperbolehkan perkahwinan di antara kedua pihak yang berakad seperti mempelai wanita haruslah seorang Muslimah atau Ahlul Kitab baik Yahudi atau Nasrani, sedangkan mempelai lelaki harus seorang Muslim, bukan non-Muslim [lihat penjelasan menyeluruh dalam kitab Nizamul Ijtima’ie Fil Islam (bab Pernikahan), Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani].

    Jika akad yang terjadi memenuhi keempat-empat syarat di atas, maka akad perkahwinan yang terjadi dinilai sah. Sebaliknya, jika salah satu sahaja dari keempat-empat syarat tersebut tidak dipenuhi, maka akad perkahwinan yang terjadi tidak dinilai sah, sebaliknya dinilai batil dari dasarnya lagi. Berhubung isu di dalam kes ‘perkahwinan’ Shamsuddin dan Siti Nur Zubaidah, qadhi wajib memeriksa sama ada kesemua syarat ini dipenuhi. Qadhi hendaklah melakukan tahqiq al-manath (penetapan fakta) yang betul dan jika salah satu dari syarat di atas tidak wujud, maka perkahwinan sebenarnya tidak pernah wujud atau tidak sah. Berdasarkan fakta kes (jika benar sebagaimana dilaporkan), jelas bahawa Siti Nur Zubaidah langsung tidak mendengar dan tidak memahami bahawa dia akan di akad-nikahkan. Selain syarat di atas, terdapat syarat-syarat lainnya seperti pengantin perempuan itu hendaklah yang benar-benar halal (boleh) dinikahi, adanya wali dan adanya dua orang saksi Muslim yang adil, baligh, berakal dan faham akan akad yang berlaku.

    Khatimah

    Wahai kaum Muslimin! Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak akan betapa banyaknya kepincangan hukum syarak yang terjadi dalam negara, baik di pihak rakyat mahupun pemimpin. Sebagai Muslim, kita tidak boleh memukul rata meletakkan kesemua jemaah tabligh bersalah dalam hal ini. Ini adalah kerana perbuatan ini hanya dilakukan oleh salah seorang ahlinya yang ‘bermasalah’ dan bukannya mewakili kesemua ahli tabligh. Justeru kita hendaklah bijak mengasingkan antara ‘perbuatan individu’ dengan ‘perbuatan jemaah’ agar kita tidak terjerumus memfitnah saudara kita yang tidak berdosa. Berbeza halnya jika kepimpinan tabligh memang mengakui bahawa hal itu terdapat dalam amalan jemaah mereka. Kesalahan yang jelas bagi lelaki tabligh tersebut adalah perbuatannya membiarkan ‘isterinya’ tanpa penjagaan dan nafkah, sedangkan kewajipan seorang suami itu adalah menjaga dan memberikan nafkah kepada isterinya, dan bukannya mengharapkan makanan turun dari langit untuk isterinya. Dalam menghadapi isu sebegini, kita hendaklah sedar bahawa bukan ‘hukum perkahwinan’ (hukum Allah) itu yang salah, tetapi manusia (pelaku) itu sendirilah yang bersalah kerana tidak mengikut hukum Allah. Allah telah mengatur manusia dengan sebaik-baik hukum perkahwinan dan hukum-hukum lainnya, namun ada sebahagian manusia yang tetap memilih jalan yang akan mencelakakan dirinya. Wallahu a’lam.

  14. sun Says:

    (copy dr web ‘HTM’…mohon halal.. utk kongsi pdpt..)

  15. merahs Says:

    Salam ziarah, semoga engkau sihat n gembira selalu dalam pemeliharaan Allah SWT..

    Saudaraku yg bertanya, kita ada akal yang Allah beri istimewa buat berfikir, fikirlah setelah baca komen2 di atas.

    “Orang tak sholat dosa. Org hisap ganja/dadah dosa. Org tak sholat dan juga hisap dadah dah dpt 2x dosa. Org sholat tp msh hisap ganja/dadah, dosa dia 1 je. Org sholat dan tak hisap ganja/dadah tak de la dosa dlm 2 perbuatan tu.. Ni cuma matematik je.. ”

    Jika dah nampak logiknya, keluarlah 3 hari untuk merasainya pula. Untuk tahu ‘rasa’ sebiji buah, kita harus letakkan dilidah, kunyah ia dan telan ia, barulah engkau dapat tahu bagaimana manis, masam, pahit dan kelatnya ia..

  16. Bruce Says:

    (copy dr web ‘HTM’…mohon halal.. utk kongsi pdpt..)

  17. miRa Says:

    Salam….
    saya mengambil dadah dan saya sedar untuk berhenti tapi hingga ke hari ini saya masih mengambil dadah tersebut.
    Namun saya kini sedang belajar menjaga solat 5 waktu .. dan saya telah pun berjaya solAT 5 WAKTU. adakah kerna saya mengambil dadah segala doa saya tidak di terima Allah…saya masih mengambil kerna kalau saya tidak ambil bdn jadi lemah dan mengantuk menyebabkan saya tidak bole bergerak kerja dan jika saya tidak ambil saya akan mkn sgt byk akan menyebabkan berat bdn saya naik. saya ambil dadah tersebut dan niat kan sebg ubat supaya saya bole bergerak dan tidak gemuk.. sila nasihat, terima kasih. akum

  18. busseat Says:

    SALAM…

    Alahamdulillah ….selepas keluar 4bln,Aku menjadi lebih matang.Biler tgk ader org lagi susah daripada kiter.Kalo kat sini nak air pusing kepala paip dah keluaq air,kat saner kene pam lu.Nak makan kalo lauk ayam tu..dah kire kayer dah..yang pelik nyer dioarang “giler”(in a good ways) muliakan tetamu sampai nak bagi makan jemaah pon bergaduh..peeeh .Kat MALAYSIA tak dapat beb..(jarang2,kadang2)haha..

    Mengapa saya pilih usaha ini?

    Saya dibesarkan dalam keluaga averagelah dalam pengatahuan agama.Kalo citer bab semayang,ngaji,sunnah memang fail..

    Mase sekolah aku mmg sker fly2 ni..,satu hari sudah kene kantoi..lepas jumper cikgu disiplin dia bagi surat .Dalam surat tu dier tulis “BEDASARKAN KESALAHAN ANDA DIKENAKAN HUKUMAN MELAKUKAN KERJA AMAL SELAMA 3HARI”.

    Aku pon ingat kener bersih kan tandas ke,bersihkan balai bomba ke aper.tup2 diorang suruh packing bag..cuak giler !!

    Pastu diorang bawak pegi masjid.Jumper plak ngan cikgu disiplin!!.rupernye dier pon tabligh gak.Pastu dier tanyer “Reti semayang x?,ngaji?”.Aku senyum je..haha.Kat situ baru lah cikgu aku bgitau tujuan keluar 3h ni:”kiter keluar 3h ni bkn nak betulkan org lain,tapi nak betulkan diri sendiri,pastu kiter ajak org lain betulkan diri diorang sendiri”.

    Dari situlah baru aku belaja smayang,ngaji,sunnah.Barulah sedar yang aku selama ni dah jauh dari landasan agama.Syukur..walaupon sudah lama tiggalkan alam persekolah, Allah masih pilih aku untuk wat usaha ni.

    PANDANGAN saya pada kenyataan diatas:

    “Dalam setandan pisang,xkan semuanya elok,kalo satu tak elok,takkan yang lain x bleh makan”,.Biaserla brade…no body perfect.Paling kurang MATPIT tu pegi semayang.Patut kiter yang rasa malu orang macam tu leh gi wat dakwah.Yang sihat,duit melimpah ruah,pon xleh wat dakwah.

    Masalah masyarakat kiter ni suke menghukum tanpa usul periksa.Tidak dinafikan perbuatan “matpit” tu salah.Tapi cuber dipandang dari sudut +ve.Takkan nak tunggu dier berenti menagih baru nak dekat ngan agama.Mcm org nak berenti rokok kene berenti pelan2.maner bleh on the spot.

    Kenelah bersangka baik.Lihat kebaikan orang.Muhasabah kburukan yang kita lakukan.Ini akan menjadi insan yang lebih bertakwa kepada Allah.

    MOGA ALLAH BAGI TAUFIK UTK KITER AMAL & SAMPAIKAN

    W’SALAM.

  19. haris fadillah Says:

    assalamualaikum..

    sekadar berkongsi pandangan…baik atau buruk seseorang itu di adili oleh ALLAH..bukan kita…nak keluar berdakwah ni yang penting niat ikhlas kerana nak cari keredhaan ALLAH…..kalau asal budak jahat..insyaALLAH..boleh jadi budak baik…kalau asal budak baik…insyaALLAH..boleh jadi semakin baik….yang tentukan samada kita nie baik atau tidak..adalah keputusan ALLAH…

    apa-apa pun…sebelum beramal..cari lah ilmu..sebab itu kalau ikut keluar tabligh atau berdakwah nie..kita dapat belajar mengenai ilmu agama ALLAH..pastu baru kita dapat beramal..lepas kita beramal..kita sampaikan kepada yang lain-lain..sebab itu dakwah nie penting..sebab kita boleh bagitau orang-orang lain yang tidak tahu jadi tahu…

    insya ALLAH..samada hisap ganja kah..or tidak….yang salah tetap salah..yang betul tetap betul…apa yang paling penting usaha untuk menghilangkan tabiat buruk itu hendaklah dilakukan berterusan….insyaALLAH..diberikan petunjuk dan kekuatan untuk meninggalkan tabiat tak baik ini…

    last but not least..tak kisah lah kita nie sekolah tinggi kah..pegawai kah..orang kaya kah..orang miskin kah..orang barat kah..orang timur kah..solat 5 waktu itu wajib dilakukan…dan lakukan kerana ALLAH..

    selamat beramal..

Leave a Reply