Ust. Azahar berkata tentang Tabligh

Author: GOTABLIGH.COM  //  Category: criticism & mistake

Cuba dengar !!!!! Biar panas telinga sikit.

Untuk Kita Faham dan Bagi Dia Faham Kerana Sama-sama Tak Faham dan kenalah Gi Dakwah bagi kita faham dan Dia pun Faham Barulah Aman. As-Salam

Untuk berlaku adil pada Ustaz Azhar di bawah ini saya bawakan link Soal Jawab belia tentang Tabligh yang diambil dari blognya sendiri

http://ustazazhar.com/v1/index.php?searchword=tabligh&option=com_search&Itemid=

Terbaru komen dari rakan kita ( Ihsan UIA Says:)
December 28th, 2009 at 5:23 am

Relax2 my karkun..dont be emotional..Ana telah mendapat satu sumber yg mengatakan Ustaz Azhar Idrus telah menarik balik kata2 beliau tentang tulisan “Maulana Aslam’(tidak diketahui kewujudannya) tentang 3 perkara tersebut setelah seorang ‘Alim kita membuat khususi ke rumah beliau..Hal ni dah settle…Doakn hidayat tok Ustaz Azhar..Kata Haji Hamzah Sp:Ustaz2 kita ni sayangkan agama…ssebab tu la diorg xnak ‘org2 kita’ rosakkan agama..bagi pandangan diorang..Salam.

75 Responses to “Ust. Azahar berkata tentang Tabligh”

  1. gotabligh Says:

    Untuk Kita Faham dan Bagi Dia Faham Kerana Sama-sama Tak Faham dan kenalah Gi Dakwah bagi kita faham dan Dia pun Faham Barulah Aman. As-Salam

  2. gotabligh Says:

    Karkun Yang tak nak dengar orang ngajar dan dok kat luar masjid tu memang ada laa.. tapi takkan lah nak pukul semua.

    Baca buku tok Arab (Maulana Mohd. Aslam) lepas tu main tuduh aje orang tabligh tak leh berpolitik, tak leh mencegah buat mungkar dan tak leh ngaji banyak-banyak. Hai.. Kita kan Ustaz Sohor sepatutnya kena banyakkan lagi membaca dan bertanya.

  3. gotabligh Says:

    Sapa-sapa kenal ustaz Azahar tolong nasihat weh… jangei dok kutuk tabligh berat sebelah hingga tak nampak langsung kebaikan sedangkan sama perjuangan. Ghoyak dio kena banyak baca dan banyak bertanya.. tak moh keluar takpa.. tak ada orang paksa heh..

    Saya minat dia mengajar sebab kelakar dan menegur tentang isu semasa (isu rakyat)

  4. atap_aje Says:

    perkara biasa tu. takdok hal lah. bukan karkun je yg tak nak dengar ceramah lepas maghrib, ramai lagi yang tak nak dengar, kadang2 ceramah dari ustaz kat tempat aku, tajuk lain, mengajar benda lain. banyak buat lawak tak kena tempat.

    tapi takpe, ustaz tu lebih mulia dari aku.

  5. Karkun Kuching Says:

    Salam

    Aku kenal ustaz ni sebab dia ada Nikon D3 ..

    Harap2 Ustaz ni ada datang ijtima dan dgr apa yg Maulana Saad bayan pasal ulama.

    Namun, Alhamdulillah banyak lagi alim ulama, ustaz2 dalam usaha ni selain dari Ustaz Azhar nie (semoga Allah bagi kefahaman kepada dia)

    Jgn kerana platform glamer, maka usaha agama dijadikan bahan gurau senda.Orang2 mcm ustaz lah yg diperlukan utk mendidik mereka yg baru kenal nikmat iman. Kalau dah siang2 kutuk takda ilmu, tanpa soal selidik sendiri mau jawab kat akhirat

    Yg datang tasykil saya pun bekas rockers .. mana ustaz2 lainnya yg sibuk condemn sana sini ? Takde pun datang jumpa saya ? Apa jadi kalau karkun rockers tu tak jumpa saya, bagaimana kalau saya terus hanyut sampai akhir kalam ? Ustaz Azhar sedia nak ganti tempat saya kat neraka ?

  6. rahba81 Says:

    doa hidayat la untuk ustaz ni..
    di org alim beb,kita kena hormat..
    dah la usaha ke atas org alim ulamak kita di Malaysia ni lemah so jgn tambah sangka buruk lagi pada org2 alim kita..

    doakan dia supaya menjadi awan yg membawa hujan,doakan dia agar tidak sekadar mejadi perigi utk di cedok manafaatnya..

    Ameeenn Ya Allah

  7. anonymous Says:

    bila plak abul ala maududi hidupkan usaha tabligh??
    biar betul ustaz ni

  8. tak tahu apa Says:

    Baik burok semue ade. Tapi kita kalu buleh sembunyi hok burok dan belajor pandang baik. Syor buang je la video ni dari laman ni, buat abih beragh (beras) je!

    Allah Maha Mengetahui

  9. syukri Says:

    alhamdulillah…memang sunnahtullah kalo bt kerja agama..kena kutuk, kena hina, kena ‘kennen’, kena marah…Nabi dulu bkan stakat maki-hamun, sampai kluar darah lagi…kita doakan spy Allah bagi taufik hidayah pada ‘beliau’ tuk buat kerja ni..bukan salah dia, dia tak faham…ini semua SALAH SAYA sebab buat kerja ni main2..astaghfirullah…

  10. peashal Says:

    yes.
    telinga ana panas.

  11. How I Lost 30 Pounds in 30 Days Without Diet Says:

    Thanks for posting about this, I would like to read more about this topic.

  12. aziz Says:

    apa pun orng nak kata ke,fitnah ke,kita terus je buat kerja,perkataan diaorang serah pada Allah

  13. Mart Garbera Says:

    orang islam ada dua kelompok: 1 yang ada kefahaman ilmu islam dan 2 yang ada kefahaman agama.

    rupa, amalan dan keinginan kedua-dua kelompok ini berbeza macam langit dan bumi! allah s.w.t sahaja yang layak ukur kedua-dua kelompok ini satu hari nanti. orang tabligh dah penat dengar ustaz-ustaz, yang beribu-ribu hari ini, dengan beribu-ribu komen tentang usaha tabligh ini.

    saya cadangkan agar semua ustaz-ustaz ini diam! ustaz-ustaz jangan lagi keluarkan komen kerana ustaz-ustaz ini semua bukan sekaligus hafiz, muhaddith dan alim 4 mazhab pun!

    macam mana ustaz-ustaz ini nak hayati sesuatu yang allah s.w.t turunkan dan nabi s.a.w perkatakan semasa nabi s.a.w dan sahabat sedang berdakwah di mekah, sedang berkorban di madinah, sedang berperang di uhud, sedang berjihad di badar , sedang bersusah di hudaibiyah dan meninggalkan segala-galanya semasa hijrah dengan mereka senang-senang baca kitab dalam rumah dengan anak bini tanpa apa-apa kesusahan?

  14. tenteraberkuda Says:

    Teruskan Usaha Dengan Perantaraan Mesyuarat..Sebelah Mata Sentiasa Lihat Kebaikan Orang Lain Dan Sebelah Mata Lagi Sentiasa Lihat Keburukan Diri Sendiri..Tak Ada SAtu Makhluk Pun Boleh Bagi SAtu Makhluk Yang Lain Kefahaman..Taufik DAn Hidayah Milik Mutlak ALLAH..Sama-Sama Kita fikir DAn Doa..Ameen..

  15. pasik Says:

    aku bersaksi bahawa aku akan mati dalam usaha dakwah tabligh ini..dan aku akan perangi pas sampai titisan darah terakhir… aku tak benci ummat.. tapi aku benci kemungkaran ummat.. dan salah satu kemungkaran yang aku benci adalah syarahan ustaz di atas ni… dan kalau dia betul2 ustaz mari berhadapan dengan aku.. aku takda ilmu kitab.. tapi aku akan ajar dia dengan ilmu penumbuk TABLIGH!!..

  16. 3 hari Says:

    ..teringat kisah Sahabat tanya kt NabiSAW siapakah dia manusia yg sehabis burok dijawab Baginda SAW:janganlah tanya perkara2 burok tanyalah perkara2 yg baik2 manusia sehabis burok adalah golongan alim dan penuntut yang jahat..jadi tidaklah hairan org2 seperti ini wujud seperti lalat2 najis yg suka bawa kekotoran dimana2..Ampunkanlah kami YA ALLah selamatkanlah kami daripada fitnah2 akhirzaman dari golongan ulamak dalam semak..

  17. Karkun Lama Says:

    Astaghfirullah Al-Azim

    Ini bukan cakap org berilmu. Seorg mukmin tdk boleh memburuk2kan sesama mukmin. Apatah lagi mengaibkan mukmin yg lain dihalayak umum. Inilah sifat Ikrammul Muslimin dlm 6 perkara. Ana nasihatkan Ust Azhar taubat nasuha kerana telah menghina kerja Kenabian. Sesungguhnya Allah swt maha penerima Taubat.

  18. ALFIZIRRI Says:

    RASA2 USTAZ NI BAGUS DIPERINTAHKAN KELUAR SETAHUNLAH. KALAU TAK OLEH NIK AZIZ PUN OLEH RASULULLAH SENDIRI. APA USTAZ NI TAK PERNAH KE MIMPI JUMPA NABI?

  19. ALFIZIRRI Says:

    SETAKAT BERKUMPUL RAMAI2 KENA SIMBAH AIR MCM KUCING DAH DIKIRA JIHAD….LEPAS TU CALIT2 KERTAS UNDI DAH JIHAD SENANGLAH HIDUP. SAMPAI BILA ISLAM NAK BERKEMBANG?

    KALAU SETAKAT TAMPAL2 POSTER… BAGI2 PHAMPLET CHAP SA LAGI CEKAP…

  20. ALFIZIRRI Says:

    MUNGKIN USTAZ NI MASA UCAPAN NI TENGAH TAK STABIL EMOSI DIA NI… AGAKNYA BERCAMPUR BAUR DGN NAFSU AMARAH KOT?

    TAKPE NANTI BOLEH MAKAN REMERON

  21. ALFIZIRRI Says:

    ORANG TABLIGH PUN POLITIKLAH JUGAK…TAPI KENA SMARTLAH… KALAU TAK TAKKANLAH BOLEH MEMERINTAH MARKAZ SELURUH DUNIA…BILA SYURA PUTUS JE SEMUA BOLEH TAAT.. MANA ADA PEMERINTAH SEDUNIA MCM TU?

    INI DARI DULU SAMPAI SEKARANG KEMPEN DAH MCM2 KEMPEN…MEMBURUK2 ORANG NOMBOR SATU…LAST2 BERPECAH BELAH… BUKAN KATA ASIA MALAYSIA PUN TAK LEPAS2…SEMPADAN PEMERINTAHAN. NI DEMOKRASI DAJJAL PUNYA KEJA LAH NI…

  22. ALFIZIRRI Says:

    NAK POLITIK…POLITIKLAH. NAK DEMOKRASI…DEMOKRASILAH… TAPI JANGAN SAMPAI JUMUD. BILA FIKIRAN JUMUD ITU YANG TAK BERKEMBANG2 TU…DARI DULU SAMPAI SEKARANG BALIK2 SEMALAYSIA JE YANG BOLEH PERINTAH…FIKIR SELURUH ALAMLAH USTAZ….

    KITA KAN KHALIFAH PEMERINTAH SELURUH ALAM…BALIK2 SEMALAYSIA..JE

  23. ALFIZIRRI Says:

    SEDANGKAN MASA MENDENGAR UCAPAN NIK AZIZ PUN, SAYA RESPECT…..

    MCM MANA PULAK USTAZ NI BOLEH CAKAP MCM NI…

    HIDUP NIK AZIZ…

    UNTUK PENGETAHUAN, SAYA PENGUNDI NIK AZIZ. BUKAN PAS

  24. ALFI ZIRRI Says:

    USTAZ TAK BAGUS CERITA MCM TU…SAYA NI PUN JADI BAIK ASBAB ORG TABLIGH YANG NGAJAK2..KALAU HARAPKAN CALIT2 UNDI JE SAMPAI BILA PUN SAYA TAK JAGA SEMBAHYANG. ABIS TAK MENANG2 PUN DARI DULU.

  25. ALFI ZIRRI Says:

    SETAKAT YANG MENANG KAT NEGERI ORANG LAIN PUN CINA BUAT APA?

  26. Ismail Says:

    Ustaz ni kena istghfar banyak2. Nilah kali pertama aku dgr ttg tabligh ni ada campurtangan british dlm cillah nak keluar. Tanggunglah ustaz.. Hijab org alim bukan mudah nak pecah. Banyak beb lapisan dia.. Salah satu cth yg berguna utk iktibar buat kita semua. Kita disarankan belajar dgn ustaz yg mursyid..

  27. GOTABLIGH.COM Says:

    Terima kasih kerana anda semua memberi komen.

    Tapi saya sedih kerana dari apa yang saya dapati dari tuan-tuan yang menyokong tabligh atau yang sedang buat usaha ini, tidak ramai yang ada rasa belas kasihan pada ustaz ini.

    Saya yakin dia ada kelemahan tapi dia juga ada banyak kebaikan sepertimana kita semua.

    Sengaja saya letakkan video ini sebagai kayu pengukur untuk rakan-rakan seusaha sejauhmana kita menghormati dan kasih pada ulama seperti yang disarankan oleh orang tua-tua kita di Bangglawali Masjid Nizamudin.

    Walaupun mereka tak sokong kita tapi kita tetap kasih pada mereka dan hanya inilah modal kekuatan untuk mendampingi mereka.

    Oh…Hadraji sab aku merindui mu
    semoga sejahtera bersama-sama ahli yang sejahtera di sana.

  28. jamaluddin arabi Says:

    assalamualaikum smua rakan seusaha…apa2 pn yang ustaz azhar tu cakap klu ada yang btul mungkin kta boleh ambil sbg manfaat bsma dan yang kurang betul tu mungkin kta bantu betulkan..dlm mna psatuan pn(Tabligh bukannya Persatuan ya)tidak smua ahlinya baik dan bgitu sbaliknya..sy mungkin tgolong dlm ahli2 yang tak baik..Asstaghfirullahala’zim..apa2 pn,sy ajak rakan2 seusaha supaya tiada istilah kutuk mngutuk,benci atau apa je yang nabi tak suruh kte bt..doa hidayat bagi sapa2 yang msh tak faham psl usaha ni..doakan gak sy skali..

  29. GOTABLIGH.COM Says:

    Hai…rakan seusaha..Kalau orang kutuk kita dan kita kutuk orang maka (2×5) panjang cerita, walhal ceritanya pendek aje iaitu ingin mati mengucap Laailahaillallah.

    mudah-mudahan (Yahoo!!!) selamat api neraka.

  30. ibnu adam Says:

    salam walauapapun dakwah di teruskan…yg lain serah pada allah…kerana usaha dakwah ini 10 sahabat nabi dijamin masuk syurga ..dunia makin tua..ingatlah kulit itu lebih sakit daripada isi…wsalam…

  31. GOTABLIGH.COM Says:

    Ana setuju…… nak istiqamah yang payah ni..

  32. seipulUPSI Says:

    mari kita doa utk ustaz ini..
    moga Allah bgi taufik dan hidayah untk dia faham usaha agama..
    Nabi S.A.W hidayah pun doa utk penduduk yg lontar baginda S.A.w di Taif…
    Ya Allah berikanlah kami kefahaman dan keyakinan dalam kerja agama..

  33. syazwan Says:

    assalamualaikum..

    dlm hal nih.. adlh prkara yg biase jerh..
    peduli kn die..
    hidup TABLIGH…!!!
    he3..

  34. Ummat Nabi Says:

    assalamualaikum..
    ustz nih mgkin dh slake kowt..
    tapi.. ini adlh salah saya..
    c0z, saya yg x g dawah dia..
    jdi saya g skrg..
    tggu jap ea ustz..!!

  35. GOTABLIGH.COM Says:

    Semoga tuan berjaya. Jangan sampai dia makin ……… tabligh dah.

  36. GOTABLIGH.COM Says:

    Hidup !!! Karkunnnn……

    satu Malaysia satu Karkun

  37. orang baru Says:

    asalamualaikum…
    alhamdulilah dapat sunnah orang tabligh…
    zaman sekarang nie memang banyak ulamak suk.. yang nabi cakap lebih bahaya dari dajjal… sekarang dah ada depan mata.. wahai jemaah jangan putus asa buatlah usaha ini hingga hembusan nafas yang terakhir…. mulut orang hanya Allah jer yang boleh tutup… moga Allah bagi azhar nie hidayah.. amin…

  38. syazwan Says:

    ustz nih kena tambah korban ag nih..

  39. Abu Izrafil Says:

    dakwah adalah satu kewajipan..uslub adalah ijtihad..PAS ke tabligh ke Ikhwan ke..Terima kasih pada Jamaah tabligh kerana mendekatkan ku kepada islam.Kalau setakat kritik, lebih dari tu pun dah penah kena..ana kagum dengan sahabat2 yang terus bersabar bila kami pernah dihalau keluar dari masjid masa lalu.Cuma lepas belajar hafiz,alim dan belajar diluar negara ana tak aktif bersama jamaah (ijtihad ana setelah berdiskusi dengan alim ulama yang dipercayai)..ana berdoa supaya sahabat meneruskan kerja da’awah apalagi membetulkan sahabat-sahabat kita yang masih bersama dengan parti sekular tu..
    Ustaz azhar alim orangnya tapi dia juga tak maksum..setakat ana dimaklumkan beliau juga pernah di tegur kerana mengkritik jemaah PAS..ustaz azhar mewakili dirinya sendiri walupun pernah berceramah dipentas PAS..mana-mana ahli atau penyokong jemaah islam ada yang baik dan ada juga perlaku maksiat..ada tak solat bila lagho , walaupun pernah keluar beberapa kali,bahkan masih ada yang tarik ganja lagi..masyaAllah..semoga Allah mengampuni mereka..

  40. Hamba Allah Says:

    salam..

    minta tolong doakan ayah saya..supaya dapat hidayat untuk keluar. Saya tak salahkan org yg tak faham ttg tabligh dan khuruj ni sbb ayah sy pun tak faham..saya berharap sgt ayah dapat keluar 3hari dan seterusnya 4 buln n bt kerja dakwah ni..

  41. adil Says:

    aku rasa kita kena terima apa dia kata.
    Mungkin dia sakit hati pasal org x dengar ceramah.
    Akhlak kita buruk. Tak hormat ulamak.

  42. ABU ZAR Says:

    Salam..
    Tuan2 yang mulia,
    Kita sbagai karkun kena bnyak ikram ustz tu…
    Biar lah dia kata apa pn… kita kana usaha tunjuk akhlak yang baik, bangun malam sebut nama ustaz tu di hadapan ALLAH S.W.T.
    Nabi S.A.W dulu tak penah komen pun aklak org lain..
    jadi kita dah dapat usaha yang mulia ni kena usahakan macam mana sifat ikramuslimin dalam diri kita.. bersangka baik lah terhadap ustaz tu..
    kita dah banyak dengar kakuzari ramai yang menentang akhirnya dia akan di pilih untuk buat kerja ni jgak akhirnya…

  43. cool-man Says:

    tuan2 yg mulia, jngn pening kepala apa yg tuan dengar tu, berbilion lagi umat perlukan hidayat. biarlah ust tu cakap apa pun, pengorbanan atas agama sangat diperlukan. bnyak takaza2 agama yg org Malaysia tak dpt tunaikan lagi. Kefahaman agama Allah akan bagi bila kita buat pengorbanan dgn ikhlas. usaha yg hak pasti Allah akan beri kemenangan tapi usaha bathil pasti Allah akan hapuskan dari bumi ini. semuga Allah ampun kita semua yg baru Aliff, Baa, Taa dlam usaha dakwah ini. ameenn…….

  44. GOTABLIGH.COM Says:

    Sapa-sapa ada cerita menarik tentang tabligh atau pengalaman menarik semasa keluar di jalan Allah sila hantar pada saya insyaAllah saya akan pos di web ini untuk kongsi pengalaman dan pengatahuan.

    kuboooor@yahoo.com

  45. Chalil Says:

    Salam ustaz,
    Ini Ustaz kena keluar , dia mengatakan passport orang tabligh di cop oleh kastam (bukan nya Immigration.)

  46. aku&tabligh Says:

    Ustaz Azhar bagus… bakpe semua duk tgk hok tu je..sbb hok tu se je ustaz kritik tabligh.. hok lain2 ustaz puji belaka.. dok adil la wat gtu ke ustaz zahar.. bersangka baik la, mana tau selepas ceramah tu ustaz azhar sedar kesilapan dia, dia solat taubat,Doa nangis2 minta ampun dgn Allah… ha..haa.. kite mana tau..mung2 semua kena gi jumpa ustaz azhar minta ampun n taubat dgn Allah.

  47. hamba allah Says:

    salam…

    saya antara karkun yang baru terlibat dalam usaha ini…..

    tuan-tuan…daripada apa yang telah diucapkan oleh ustaz azhar itu…kalau itu memang kelemahan kita maka baikilah dan ambil pengajaran untk baiki kelemahan diri kita, dan mana2 kebaikan yang ada pada ucapan tersebut cubalah terimanaya dan kalu ada kesalahan pada ustaz azhar itu maka maafkannya dan doa hidayat untuknya….

    apa yang diperkatan itu adalah…mengenai kesalahan individu yang buat usaha dakwah ini….bukannya mengenai usaha dakwah ini….(tetapi mengenai almaududi itu saya tak pasti samada ia benar atau tidak)

    saya pun tak faham, kalau usaha dakwah ini tidak mementingkan ilmu agama…macam mana pula dengan sifat ketiga yang perlu kita usahakan iaitu hakikat ilmu dan zikir…

    oleh itu, kepada orang ramai yang salah faham terhadap usaha ini, maka cubalah fahaminya bahawa antara perkara yang sangat ditekankan oleh ulama’2 usaha dakwah ini ialh usaha ke atas ilmu agama..setiap kali bayan perkara ini akan disebut oleh ulama’2 usaha ini….oleh kerana inilah tidak boleh menyatakan bahawa usaha dakwah ini tidak mementingkan ilmu agama…

    yang kedua kepada karkun2 yang masih belum wujud dalam dirinya kesedaran untuk belajar ilmu agama , maka usahakanlah lagi..supaya dapat menjadi contoh teladan kepada orang ramai yang tidak buat usaha ini, dan sekaligus dapat membetulkan salah faham masyarakat terhadap usaha agama yang mulia ini, terutama dari aspek ilmu agama..dan supaya terdapat usaha juga untuk belajar ilmu agama,baiki masail kita, terutama masalah2 masail yang asas seperti yang diberi contoh oleh ustaz azhar itu…

    adalah tidak sepatutnya kita sebagai orang yang buat usaha agama,terutama karkun lama yang tidak dapat mengetahui tentang masalah imam yang menambah rakaat itu….itu adalah perkara asas…

    namun begitu kepada orang yang tidak suka usaha ini, jangan jadikan kesalahan individu itu untuk menghukum dan mengambarkan tentang kelemahan tabligh secara keseluruhannya….adakah semua orang yang buat usaha dakwah ini adalah jahil????adakah tidak ada ustaz2 dalam usaha dakwah ini???

    satu perkara lagi, pada pendapat hamba ini….kepada karkun2 kalau terdapat ustaz2 yang mengajar di masjid tuan3..walaupun ustaz tersebut tuan tidak sukai, maka bagi saya adalah tidak mengapa untuk kita duduk di majlisnya…kerana bagi saya sekurang2nya tuan2 boleh dudk iktikaf dalm masjid antara magrib isyak…

    tetapi yang menjadi persoalannya…apakah faktor yang tuan tidak menyukainya?
    kalau tidak suka kerana ustaz itu tidak suka usaha dakwah maka tuan2 bersabarlah….jangan pandang kelemahannya itu, tapi pandang kebaikannya…dengan asbab kesabaran tuan2 semoga Allah Taala wujudkan sifat ikram ulama’ ada dalam diri tuan2 dan Semoga Allah megampuni ustaz itu dan beri hidayat kepadanya……

    dan kalu tidak berminat dengan majlis ustaz tersebut kerana ia sering mengajar perkara yang sama…maka perkara ini tidak perlu ada dalam diri kita sebagai orang yang buat usaha agama..kerana perkara yang sama itu adalah perkara agama, kita pun sering bercakap perkara yang sama…oleh itu apa salahnya untuk kita denganr perkara yang sama….bersbarlah….

    Renungi kata-kta ini…

    “Antara tanda hidayat dan kefahaman agama dalam diri kita semakin berkurangan, bakal hilang dan tidak masuk ialah apabila kita sering melihat, mencari, memperkatakan tentang keburukan-keburukan pada orang lain, tetapi dalam masa yang sama kita tidak nampak keburukan dalam diri kita…sebaliknya kebaikan orang kita tak nampak…kalu nampak pun kita masih lagi cuba untuk menjadikannya sebagai keburukan individu tersebut..dan perbuatan kita itulah sebenarnya yang mengambarkan keburukan diri kita.

    dan antara tanda hidayat dan kefahaman agama dalam diri kita semakin bertambah, bakal wujud dan masuk dalam diri kita ialah kita tidak melihat, mencari, menceritakan keburukan orang lain, tetapi keburukan orang lain itulah yang menjadi punca kebaikan kepada diri kita….kita menjadikan keburukan orang itu, sebagai pengajaran untk diri kita supaya keburukan tersebut tidak ada dalam diri kita….dan kita suka untuk mencari keabikan orang lain untuk menjadikan punca kebaikan diri kita….kebaikan diri kita sembunyikan, kelemahan diri kita kita sering muhasabh, berusaha untuk membaikinya….”

    begitulah pendapat peribadi saya…
    kalu adalah salah atau pandangan perbetulkanlah..
    semoga Allah Taala beri hidayat dan kekalkan hidayat dalam diri kita semua..Insyaallah.

  48. Citizen of AskarA Says:

    saya jumpa dalam laman web ustaz nie

    Salam Ustaz…

    1) Apa pendapat ustaz dengan usaha yang dibuat golongan tabligh zaman skrg.

    2) Apa hukumnya meninggalkan isteri dan anak 40hri/4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman skrg walaupun isteri dan anak meredhainya.

    Jawapan :

    1. Usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.

    Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.

    Skop dakwah sekarang semakin luas. Olih itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada utk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet.

    Cuma ingat apbila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkalah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menetukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.

    2. Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafaqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama.

    Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

    Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh olih agama.

    wallahua’lam

    nie diambil dari Laman web beliau ( Ustaz Azhar )

    link dia

    http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/dakwah-tabligh.html

  49. fazly Says:

    tak semua karkun macamtu…seperti pepatah lama,kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

  50. Pesan dan Sampai Says:

    muliakan alim ulama..
    doakan secara ijtimai kepada ustaz azhar supaya ustaz azhar doakan kita tetap beriman kepada Allah.
    Amin..

  51. innamul Says:

    bro tak payah sebok sebok dok komplain ustaz nie korang yang chat nie 21/2 jam dah wat lom? drpd sebok chat baik buat 21/2 jam ajak orang kepada Allah jangan nak tunjuk herolah kat sini

  52. Hidayat Says:

    Doa2

  53. GOTABLIGH.COM Says:

    Errr… innamul sekarang buat 2 1/2 jam kat masjid mana sekarang boleh kita gi belajar.

  54. finna Says:

    apa yang ustaz azhar kata tu mungkin ada betulnya… klu betullah dlm kitab tabligh tersebut jgn mencegah kemungkaran itu dah salah… bab ini sy sokong ustaz azhar..

  55. Ihsan UIA Says:

    Relax2 my karkun..dont be emotional..Ana telah mendapat satu sumber yg mengatakan Ustaz Azhar Idrus telah menarik balik kata2 beliau tentang tulisan “Maulana Aslam’(tidak diketahui kewujudannya) tentang 3 perkara tersebut setelah seorang ‘Alim kita membuat khususi ke rumah beliau..Hal ni dah settle…Doakn hidayat tok Ustaz Azhar..Kata Haji Hamzah Sp:Ustaz2 kita ni sayangkan agama…ssebab tu la diorg xnak ‘org2 kita’ rosakkan agama..bagi pandangan diorang..Salam.

  56. GOTABLIGH.COM Says:

    alhamdullilah semoga benar apa yang tuan perkatakan.

  57. azam Says:

    laaa memang betul pun..sebilangannnya memang malas dok majlis ilmu.. tak ingtke maulana pesan supaya menuntut ilmu.. kena belajar masail dan kena tahu fadhail. baru ibadat jadi sempurna…

    sama samalah kita usahakan…

    Yang memburukkan usaha tabligh pun adalah dari kalangan sebilangan kecil kita juga

    So be positif dan muliakan alim ulamak.

  58. muhammad Says:

    biar orang benci usaha tabligh kerana dia memang tak suka …(itu antara dia dengan Allah)

    Tapi jangan orang benci tabligh sebab penyebabnya kita….(mungkin akhlak,sikap,perangai atau sebagainya..)

    So, insaflah …Buatlah usaha agama ..Cintailah usaha agama dengan sesungguhnya .insyaallah Allah sebarkan hidayatnya…

    dari ku untuk kamu semua.

    aku sangat sangat sangat sangat mencintai usaha agama

    muliakanlah alim ulamak

  59. lukman Says:

    kpd comment #40:

    Saya pun sama berharap begitu. Terutamanya, ustaz dan imam masjid dapat pergi sekali.

    Macam mana pun..

    Ada pakcik beritahu saya, (saya dah lupa, minta maaf kalau tak tepat).. ada hadith, ‘Orang yang tak menghormati orang tua, yang tak memuliakan alim ulama, bukan daripada umatku.’

    Sebab saya level lain, level jagung, orang rendah, ilmu agama tak tinggi mana, umur jauh beza, yang kita boleh buat ialah usaha ikram pada mereka.

    InsyaAllah, hidayah dengan perantaraan Ikram.

  60. reaza alfaruqi Says:

    tahniah…..kerana ust azhar cuit skit pasl tabligh.semua org gelabah……..
    x de pun hujjah yg kata usaha tabligh tu sesat tapi orang yang dok dlm tabligh tu yang menyebabkan orang awam kata sesat.usaha,iman dan amal tu kena pegang elok2.barulah jd karkun hebat.aku ramai jugak kwn tabligh,semua ok jer.pilihanraya jer sama-sama gantung bendera.kalau keluar 3 hari pun kadang2 aku join.ramai gak yang kayer.jubah mahal-mahal.kete mewah.muka memang tawadhuk.aku memang slout betul kwn aku tu.moga dia menjadi pejuang tabligh yang sebenar.

  61. hamba ALLAH Says:

    akhir zaman umat islam berpecah kpd 7 golongan..adakah geng tablig termasuk?

  62. anjing ashabul kafi Says:

    SALAM,

    TUAN2 SEMUA BAIK,YANG TAK BAIK SAYA. TARAF SAYA MCM ANJING ASHABUL KAFI, KELAYAKAN DALAM KEJE AGAMA IALAH SUSUN SELIPAR,CUCI TANDAS DAN DRIVER UNTUK BAWA SYURA KE MESYUARAT SRI PETALING. SAYA TAK LAYAK MASUK SYURGA ALLAH DAN SAYA TAK MAMPU MENANGGUNG AZAB ALLAH. CUMA SENTIASA MENGHARAP RAHMATNYA.

    SEMUA YANG DAH DAPAT USAHA KERANA TAUFID DAN HIDAYAT ALLAH. ASBAB KORBAN ORANG LAMA..

    KELEMAHAN DAN KEBURUKAN ADALAH KEJE PALING SENANG UNTUK DICARI. SEMUA UMAT ADA TERMASUK SAHABAT.

    USTAZ2 HARI INI YANG BANYAK ILMU DAN AMAL,BANYAK KENA TIPU DENGAN KETUA SEGALA MALAIKAT DAHULU (AZAZIL) DIA LAGI BANYAK ILMU..

    KALAU ULAMA KENA TIPU..KITA APATAH LAGI KAN..

    SAYA DAN TUAN-TUAN KENA KENA JAGA AMAL DAN TAAT AMIR TERUTAMA SYURA2 KITA. KITA KENA BYK NANGIS UTK USTAZ NI DAN UMAT..HADIAH JGN LUPA..

    CUBA BYGKAN APA AKAN TERJADI JIKA SEMUA KARKUN MALAYSIA BILA JUMPA USTAZ NI DAN BAGI HADIAH, CIUM TANGANYA BAGI YG MUNAFIK MACAM SAYA.

    PADA FIKIR BODOH DAN HINA SAYA..USTAZ NI, ALLAH AKAN PILIH BARISAN DEPAN DALAM KEJE NABI..

    SETUJU SEMUA…??

  63. abu ayub ansari Says:

    innamul = ni mesti karkun pancung. haha maaf ye tak disengajakan. tuan yg mulia, roh usaha agama ni taat. bila mana kita taat amir syura dan org2 lama.
    maka kita berada dlm tawajuh allah sepenuhnya. dunia ni darul asbab . allah bgtau dlm hadith qudsi ” sesiapa yg kami INGINKAN kebajikan baginya akan kami berikan kefahaman agama ” lebih kurang mafhumnya. jadi nak masukkan diri dlm org yg dlm tawajuh allah sepenuhnya perlukan asbab. sbb dunia ni darul asbab. asbabnya TAAT lah.
    contoh amir putus bayan hidayat pukul 10.00pm SAYA dtg pukul 10.01pm. maka saya tak taat lah,lemahnya saya dlm usaha agama ni. buruknya perangainya saya dlm usaha agama ni. saya igtkan saya dah faham agama.rupanya saya yg paling tak phm.
    selama mana pun sy dan tuan2 dlm usaha agama kita kena letak sifat ” sya bodoh dlm usaha agama dan saya baru nak belajar ”
    satu org yg rasa dia pandai tu lah yg tak taat.hilang keinginan nak belajar sbb rasa dah jadi karkun lama . dah pandai. akhlak sya yg membuatkan fitnah pada org lain. jadi tak hairan lah kalau hari2 org2 kat tempat kita sendiri pandang kita kolot dan sebagainya.jadi kita sama2 pikir lah ye tuan2 bagaimana sya dan tuan2 dpt kekal dlm hidayat,utk allah jdkan asbab hidayat ke seluruh alam.
    haha ulama kita tanya = siapa penZIHIN terbaik?
    penZIHIN terbaik ada lah diri sendiri.
    maaf saya ckp utk diri saya.
    wallahualm.

  64. cool Says:

    salam,mmg x semua j.tabligh mcm yg dikatakan ustaz tapi kebykkannya mmg mcm tu…pegilah join dgn diorg pastu korang akan tau hal sebenarnya…

  65. shukseven Says:

    hidyat la bro…

  66. JOs Says:

    bagus ar ustaz zahar ni…buat salah mintak maaf…jos ar…

  67. mus'ab umayr Says:

    Ana setuju jugak dgn komen ustaz azhar pasal tabligh… kebanyakan mat2 tabligh tak nak belajar ilmu, ilmu fardu ain pun byk lagi tak settle, tapi tak nak ambil tahu. solat pun lintang pukang. Kena ingat, ilmu dan zikir tu masuk dlm 6 ketogori yg di dakwahkan. Allah tengok kualiti hambanya…bukan kuantiti. Lagi satu cuba huraikan maksud mala makruf nahi munkar…

  68. Fuza Says:

    Tuan2 yang mulia. Allah s.w.t wujudkan org macamni untuk kita memperbaiki kesilapan kita. Sememengnya usaha ini dibuat utk datangkan sifat dalam diri sehingga tahap sifat yang tertinggi iaitu sifat dai itulah sifat Nabi saw. Bila satu orang ambil kerja agama dalam kehidupan dia, memang lumrah akan jadi perhatian dqn contoh. Sememengnya mmg susah utk menjadi contoh yang baik kerana kita bukan maksum. Untuk itu kita kena sentiasa betulkan niat kita buat usaha yang pertama utk islah/baiki diri dan yang penting supaya hidayat tersebar ke seluruh alam.

    Dengan usaha kita yang serba kekurangan, Kita mesti selalu berdoa agar Allah swt memberi kita kefahaman agama serta taufiq dan hidayah utk kita amalakan agama yang sempurna dalam kehidupan kita sehingga mendapat redha Allah.

    Dgn niat baiki diri, kita kenalah usaha betulkan setiap amal dan sifat kita. Dan jagalah pandangan orang terhadap kita. Kita kena jaga supaya diri kita tidak menjadi asbab tersekatnya hidayat.

    Utk usaha yang mulia yakinlah bahawa selagi usaha itu disukai oleh Allah, maka Alllah sendiri yang akan pelihara usaha tersebut. Penentangan sememangnya sejak dari zaman RasulAllah saw sendiri. Pada zaman maulana yusof rah, seorang maulana telah jumpa beliau dan beritau ‘maulana… Ada orang telah tulis buku menentang usaha tabligh, perlukah saya tulis semula utuk membalas?’ maulana yusof bagi tau ‘ kalau kamu balas, maka kamu akan saling balas membalah tetapi kerja tidak akan berjalan’

    Utk itu tuan2 mulia teruskanlah jalankan usaha utuk agama Allah. Sesungguhnya yang memelihara usaha ini ialah Allah.

  69. ahmad Says:

    salam.. tuan2 yg mulia. kalau panas bagusla.. baru jazbah naik dan membara!! so ape lagi? mari pegi hidupkan dan buat 5 amal kat masjid masing-masing tuh.. marah takpe.. tapi keje mesti buat! lagi orang kutuk.. lagi kita dakwah! lagi orang ejek, lagi kita keluar dijalan Allah swt.. biarlah Allah swt yg menjadi hakim dan saksi utk kita wahai rakan…

  70. hazim Says:

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.(An Nahl ayat 125)

    Biarlah org baling kita dgn batu tuan2 tapi kita baling dgn buah yg ranum. Ayat di atas jelas dakwah hendaklah dgn berhikmah tuan2 dan berbahaslah dgn cara yg lebih baik moga2 Allah memberi petunjuk.Kerja kita menyampaikan, yg memberi hidayah adalah Allah S.W.T

  71. Fakir Says:

    Ana dulu pernah duduk dlm prog ustaz ni, tapi lepas sy tgk video ni, sy tak boleh terima dia sebagai guru. Mintak maaf. Soal org tabligh tak suka duduk dlm majlis ilmu, kalau ustaz2 kepartian, memang ana tak duduk, sebab bila duduk asyik mengata org sana sini tak betul. Saya tengok jemaah yg duduk dlm majlis ilmu dia org pun banyak kesalahan dalam sembahyangnya. Kalau ustaz yg mengajar secara telus (tidak sibuk nak kempen) ana suka duduk. Moga2 Allah swt beri hidayah kepada ust ni dan mereka2 yang sewaktu dengannya agar memahami maksud usaha dakwah yg sebenar, jangan main hentam kromo jer. Sampai maududi pun dikatakan pengasas usaha dakwah tabligh.

  72. karkun sg ptani Says:

    amanah lwannya dusta(klu org kta kita dusta mst kta mrah kn..)
    fatonah lwannya bodo(klu org kta kita bodo mst kta mrah kn..)
    sidiq lwannya penipu klu org kta kita penipu mst kta mrah kn..)
    TP KLU ORG KTA KITA XWT KEJA KNP KITA XMRAH??BKNKH 2 SIFAT NABI YG STP INDIVIDU PTUT ADA???RENUNGKN WAHAI UMAT NABI……..

  73. mawlana Says:

    pernah suatu dalam bayan seorang eldest berkata: Hadratji berkata jika ada nama daripada usaha dakwah (Tabligh) ini akan aku namakannya iaitu “usaha atas iman”. (sila betulkan jika ada kesilapan)…

    Dalam Malfuzhaat Hadratji berkata: usaha tabligh ni adalah waris usaha kenabian yang penuh mujahadah, segala kesusahan, kehinaan, dan penolakan manusia terhadap usaha ini adalah makanan (ibadat) bagi sesiapa yang keluar dijalan Allah. Kerja kita hanya menyampaikan, manusia terima atau sebaliknya adalah kerja Allah swt. Ilmu dan zikir harus ditekankan oleh orang yang berada dalam usaha ini. Bordoa kepada Allah ditengah malam (tahajjud) dengan sungguh-sungguh dan menangis untuk tarik hidayat Allah ke seluruh alam.

    Nabi SAW bersabda: sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat.

    Wallahu’alam.

  74. mawlana Says:

    Dalam malfuzhaat, Hadratji juga berkata: Jika seseorang itu mempunyai 99 sifat keburukan dan hanya 1 kebaikan, lihatlah yang 1 itu semoga kamu mendapat faedah daripadanya.

    mengenai ustaz tersebut, usahlah seterusnya di “link” kan pada page ini lagi untuk mengelakkan kita diperdaya oleh syaitan yang sentiasa mengintai2 untuk mencuri iman dan amal kita. Dalam suatu riwayat Nabi SAW menangis apabila sorang mayat yahudi lalu dihadapan baginda, lalu ditanya oleh sahabat: Ya Rasulullah SAW kenapa tuan menangis? Nabi membalas: jika ditakdirkan si yahudi ini masuk neraka semua orang Islam akan dipersoal diakhirat nanti. MasyaAllah. Lihatlah betapa risaunya baginda. Jadi saudara, bukankah ustaz itu seorang saudara seIslam kita? Istighfarlah kita…

  75. dzull Says:

    setuju sangat ngan karkun sg petani..
    hehehhe!

Leave a Reply